Reformasi Politik C00. REFORMASI POLITIK

C02. Menghadkan tempoh perkhidmatan PM dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri

Pakatan Harapan 48 May 10, 2018
Sedang Dijalani
May 2018

Dr M: JASA, JKKKP, PEMANDU, MPN, SPAD akan dibubarkan

Malaysia kini May 23, 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan - Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Kebanyakan institusi ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan, yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan. Semua perkara ini akan dibubarkan. "Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya fikir kita pun ada kepintaran," katanya semasa sidang akhbar mesyuarat pertama Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. Dalam kes JKKKP yang dilantik oleh kerajaan persekutuan, perdana menteri berkata jawatankuasa berkenaan menjadi terlalu berunsur politk sedangkan peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai kerajaan lain.

"Kita dapati gaji dibayar kepada JKKKP yang seolah-olah telah menjadi kerajaan tambahan di negeri-negeri, ia banyak berunsur politik dan bukan pentadbiran. "Sebaliknya kita ada pegawai kerajaan untuk menjalankan tugas itu dan kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKP kerana kita tidak ingin amalkan politik seperti kerajaan terdahulu," katanya. Begitu juga, katanya, MPN yang peranannya untuk menyediakan maklumat akademik kepada kerajaan beralih menjadi badan politik yang digunakan untuk menyokong kerajaan BN. "Pada mulanya, MPN satu badan yang kita guna untuk dapat maklumat daripada orang yang ada pengetahuan tinggi tetapi akhir-akhir ini banyak unsur politik sehingga mereka dipergunakan untuk mendokong kerajaan. "Sebab itu kita tidak mahu ulang amalan-amalan tidak baik yang dibuat kerajaan terdahulu," katanya. Mengenai SPAD, Mahathir berkata, peranannya akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan. Kerajaan juga, menurut beliau, akan mengkaji membubarkan agensi penasihat lain yang dibentuk di bawah kerajaan BN sebelum ini.

May 2018

Menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri

Pakatan Harapan May 10, 2018

Tempoh jawatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja. Amalan tadbir urus yang baik ini akan juga diterapkan untuk jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan. Bilangan Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekarang adalah terlalu besar. Terdapat 10 orang Menteri dan 3 orang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan apakah peranan mereka sebenarnya. Kerajaan Pakatan Harapan akan menurunkan bilangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada 3 orang sahaja. Tanggungjawab lain akan diturunkan kepada kementerian-kementerian yang bersesuaian. Peruntukan kewangan kepada Jabatan Perdana Menteri juga adalah terlalu besar, sehingga memungkinkan berlakunya pelbagai salah laku di peringkat tertinggi. Dalam tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan, kami akan menurunkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri daripada lebih RM17 bilion sekarang kepada kurang daripada separuh, iaitu RM8 bilion sahaja. Jabatan Perdana Menteri kini juga mempunyai terlalu banyak agensi, sehingga wujud pertindanan dengan agensi di bawah kementerian lain, dan menjadikan Perdana Menteri seolah olah seorang raja. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengurangkan bilangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan cara memindahkan seberapa banyak agensi yang mungkin ke kementerian yang berkaitan. Kuasa Perdana Menteri untuk memanipulasi institusi penting negara juga akan dihapuskan dengan mewujudkan lebih banyak proses semak imbang. Kuasa- kuasa yang berkaitan akan diserahkan kepada badan- badan yang lebih sesuai, termasuklah di peringkat Parlimen.