Mewujudkan mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti
Pakatan Harapan May 10, 2018
Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pendanaan politik di negara kita telus dan bebas dari sumber-sumber yang merupakan rasuah di peringkat tertinggi. Satu Akta Kawalan Pembiayaan Politik akan diperkenalkan untuk tujuan ini. Pakatan Harapan mengiktiraf bahawa pelbagai pihak telah memberi pandangan mengenai mekanisme yang perlu untuk memastikan undang-undang berkaitan pembiayaan politik adalah tegas dan berintegriti. Dalam tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyemak semua cadangan tersebut. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab menyediakan draf Akta tersebut.
Prinsip-prinsip utama Akta tersebut tersebut ialah: • Parti-parti politik yang layak akan menerima pembiayaan tahunan daripada kerajaan mengikut formula yang telus dan konsisten • Semua sumbangan politik mestilah daripada sumberyang boleh dikenalpasti • Parti-parti politik mesti menghantar laporan kewangan yang telah diaudit pada setiap tahun • Parti-parti politik tidak boleh memiliki aset yang melebihi RM1 billion • Syarikat-syarikat milik kerajaan tidak dibenarkan membuat sumbangan politik