Reformasi Politik C00. REFORMASI POLITIK

C10. Menjadikan ATM dan pasukan PRDM sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan disegani

PAKATAN HARAPAN ,S65 May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Jangan pakai seragam tentera, pesara nasihat Mat SabJangan pakai seragam tentera, pesara nasihat Mat Sabu

Free Malaysia Today June 04, 2018

Seorang bekas pegawai kanan tentera menggesa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menghentikan amalan ahli politik dan selebriti memakai baju seragam dan diberikan pangkat tentera kerana ia merendahkan penghormatan yang diberikan kepada gelaran itu. Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji, yang mengetuai Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu perlu menolak pemakaian seragam tentera. Bercakap kepada FMT, Arshad berkata, Mat Sabu perlu menarik balik gelaran tentera yang pernah diberikan kepada orang awam kerana proses mendapat gelaran itu tidak mudah memandangkan anggota tentera terpaksa melalui pelbagai ujian dan kursus sepanjang perkhidmatan mereka. “Kami perlu bersusah payah untuk mendapat pangkat itu pada seragam kami. Saya rasa sangat tidak masuk akal tentera memberikan pangkat kehormat kepada menteri besar, ahli politik dan selebriti.” Beliau menyifatkan ia “memalukan” melihat sesetengah ahli politik “tidak tahu memakai seragam mereka dengan betul”.

“Gambaran apa yang kita berikan kepada angkatan tentera? “Ini mesti dihentikan. Hanya ada 2 badan yang boleh memakai seragam, angkatan tentera dan polis. Menteri pertahanan pun patut dilarang memakai seragam,” katanya. Arshad berkata, pada masa lalu, menteri pertahanan menganggap seragam tentera sebagai “fesyen baru”. Katanya, mereka turut memakai seragam Lencana Ahli Payung Terjun yang hanya dipakai penerjun tentera, ketika memeriksa perbarisan kawad hormat. “Ada yang maut mempertahankan negara dalam terjunan itu. Mereka pernah terjun berapa kali? “Pernahkah anda lihat menteri British atau Perancis memakai seragam tentera?” soalnya. Arshad berkata, pangkat kehormat biasanya diberikan kepada ketua pasukan tentera wataniah, yang majoritinya ialah sukarelawan awam. Katanya, kebanyakan mereka diberikan pangkat kolonel, tetapi bukan brigadier jeneral, seperti diberikan kepada ahli politik dan selebriti. “Bukan murah untuk mendapat pangkat kolonel. Anda perlu bekerja keras. Paling tidak perlu lulus latihan asas tentera.” Arshad berkata, beliau hanya mendapat pangkat brigadier jeneralnya ketika berumur 50 tahun dan hampir pencen.

Jun 2018

Mat Sabu arah siasat maklumat sulit bocor

Berita Harian June 04, 2018

Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengarahkan siasatan berhubung dakwaan kebocoran maklumat sulit termasuk berkaitan pelantikan Panglima Angkatan Tentera (PAT). Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata siasatan itu akan dilaksanakan menerusi Cawangan Provos Marsyal, Markas ATM - Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA). Ia bagi memastikan kesahihan dakwaan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berhubung kebocoran dokumen sulit berkaitan pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai kanan tentera seperti dilaporkan media. "Sekiranya dakwaan berkenaan terbukti benar, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang.

Selaku Pengerusi Majlis Angkatan Tentera (MAT), saya memberi jaminan bahawa setiap mesyuarat MAT yang dilaksanakan akan menitikberatkan pemeliharaan tinggi terhadap aspek kerahsiaan serta segala perkara dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Mohamad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap ketirisan dan kebocoran maklumat sulit. "Saya difahamkan bahawa perihal menjaga kerahsiaan ini sudah diamalkan sejak MAT ditubuhkan lagi. Justeru, kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang ketirisan dan kebocoran maklumat sulit sekiranya ada," katanya. Sebelum ini, media melaporkan bekas Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin bakal dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) berkuat kuasa 20 Jun ini. Difahamkan, Majlis Angkatan Tentera yang bermesyuarat pada Khamis lalu sebulat suara memilih Zulkifli untuk menggantikan Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bagi menerajui 'kerusi' tertinggi angkatan tentera itu. MAT yang secara tradisinya dipengerusikan Menteri Pertahanan dan dianggotai tiga panglima tentera, mempunyai kuasa penuh menentukan antaranya pelantikan, kenaikan pangkat dan isu disiplin dalam angkatan tentera. Sementara itu, Zulkifli yang juga pakar penembak tepat, taktik persenjataan dan pemberontakan ketika dihubungi NSTP mengesahkan pelantikan itu, namun enggan mengulas lanjut.

May 2018

Mat Sabu bongkar kes tanah ATM dalam Kementerian Pertahanan

Sinar Harian May 12, 2018

Selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mahu membongkar kes rasuah dan penjualan tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan telah tergadai.

Beliau yang merupakan Presiden Amanah berkata, selain itu beliau juga akan menyiasat sekiranya ada unsur rasuah yang berlaku sebelum ini di bawah pemerintahan BN. "Berkaitan keselamatan negara, kita akan mempertingkatkan lagi. Saya akan tengok apa lagi pembaharuan yang bakal dilakukan dalam ATM," katanya selepas majlis pengumuman tiga menteri kabinet kerajaan di Menara Yayasan Selangor, hari ini. Beliau juga minta diberikan masa meneliti segalanya perkara itu, memandangkan baru sahaja mengalas tanggungjawab tersebut.

May 2018

Menjadikan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis DiRaja Malaysia sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan disegani

PAKATAN HARAPAN May 10, 2018

Sebuah angkatan tentera dan pasukan polis yang moden dan berkebolehan adalah amat penting untuk memastikan negara boleh menjaga keamanan dan memerangi jenayah dengan berkesan. Pakatan Harapan akan memberikan sokongan kewangan dan prasarana yang selayaknya kepada kedua-dua komponen penting keselamatan negara ini. Peruntukan kepada PDRM akan dipertingkat, sesuai dengan keperluan mereka menaik taraf kemudahan kepada anggota polis terutamanya bagi anggota berpangkat rendah, dan keperluan kepada lebih ramai anggota. Peruntukan untuk latihan juga akan dinaikkan. Kerajaan Pakatan Harapan akan menjalankan perbincangan dan kajian terperinci dengan kedua-dua pasukan untuk mengenalpasti keperluan peralatan, persenjataan dan latihan termoden yang diperlukan. Kerajaan Pakatan Harapan akan mewujudkan mekanisme untuk memperkukuh hubungan dan akauntabiliti antara pasukan polis peringkat negeri dan daerah dengan masyarakat setempat. Desentralisasi berperingkat akan dijalankan untuk mempertingkat keberkesanan perkhidmatan polis di peringkat setempat. Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis atau Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) akan ditubuhkan dalam penggal pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Semua bentuk tuduhan salah laku akan disiasat secara adil dan menyeluruh, termasuklah tuduhan kematian dalam tahanan. Peranan dan fungsi Cawangan Khas Polis (Special Branch) akan diperhalusi dan dipermodenkan, agar mereka memberi tumpuan kepada keselamatan dalam negeri, anti-terorisme dan jenayah terancang. Pemantauan yang bermotif politik kepartian akan dihentikan. Cawangan Khas juga akan diberi tanggungjawab untuk merangka dengan segera strategi holistik untuk mengawal dan memerangi terorisme dan ekstremisme agama. Untuk menjaga kebajikan pesara tentera dan polis, kadar pencen yang sedia ada akan dikaji semula dan diselaraskan dengan kos sara hidup semasa. Bagi pesara polis, kadar pencen sebelum tahun 1970 dan selepas tahun 1970 akan diselaraskan. Kerajaan Pakatan Harapan juga akan membiayai persatuan bekas pegawai polis dan persatuan bekas tentera. Peruntukan awal akan diberikan sekurang- kurangnya sebanyak RM500,000 setahun untuk setiap persatuan.