Komuniti YOUTH

Membebaskan guru-guru daripada bebanan birokrasi supaya mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas mereka mendidik generasi masa depan Malaysia.

May 10, 2018
Dipenuhi
Jun 2018

Menteri: Guru tidak perlu lagi buat audit, siapkan dokumen

Kini TV June 07, 2018

VIEW COMMENTS Menteri: Guru tidak perlu lagi buat audit, siapkan dokumen 2018-06-07 20:43:09 Guru tidak perlu lagi membuat siri audit yang sebelum ini membebankan mereka dengan pelbagai dokumen dan kertas kerja, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik. Beliau berkata, arahan pemberhentian siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) itu berkuat kuasa serta merta dan guru kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar. SKPMg2 dikendalikan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), merangkumi lima standard iaitu kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar, pembelajaran dan pemudahcara serta kemenjadian murid. Ia pada asalnya diwujudkan dengan matlamat memastikan kelangsungan transformasi pendidikan negara selaras dengan keperluan pendidikan bertaraf global. Namun Maszlee berkata audit yang memerlukan guru mengisi data dalam sistem itu telah menimbulkan salah faham dan kegelisahan di kalangan mereka. "Sehubungan itu saya membuat keputusan untuk hentikan siri audit oleh JNJK ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini. Terdahulu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) memohon agar kementerian membantu menyelesaikan itu yang dilihat membebankan guru. NUTP berkata pihaknya menerima banyak rungutan daripada guru yang menyifatkan bebanan tugas mereka bertambah kerana perlu menyiapkan dokumen SKPMg2.