Komuniti Women

Memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pembuat dasar di setiap peringkat adalah wanita.

May 10, 2018
Tidak Dipenuhi
Jul 2018

13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri angkat sumpah

Berita Harian July 02, 2018

KUALA LUMPUR: Seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini. Istiadat yang berlangsung di Balairong Seri itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Susulan 13 menteri yang mengangkat sumpah hari ini menjadikan keseluruhan 26 menteri dalam Kabinet Dr Mahathir, 13 menteri terdahulu sudah mengangkat sumpah pada 21 Mei lepas. Istiadat yang bermula 11 pagi itu didahului dengan kumpulan pertama Jemaah menteri yang diketuai Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan. Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa. Istiadat angkat sumpah hari ini diakhiri oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis yang dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar. Kesemua mereka masing-masing turut menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Richard dan Ali. Istiadat itu berakhir dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, kemudian mengangkat sumpah mengetuai barisan 13 anggota Kabinet pada 21 Mei lalu. Upacara mengangkat sumpah hari ini pula menyaksikan pelantikan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri. Berikut adalah senarai mereka yang mengangkat sumpah hari ini: MENTERI 1. Saifuddin Abdullah dilantik Menteri Luar 2. Mohd Redzuan Md Yusof dilantik Menteri Pembangunan Usahawan 3. Dr Xavier Jayakumar dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli 4. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik Menteri Belia dan Sukan 5. Baru Bian dilantik Menteri Kerja Raya 6. Teresa Kok dilantik Menteri Industri Utama 7. Saifuddin Nasution Ismail dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 8. Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) 9. Khalid Abdul Samad dilantik sebagai Menteri Wilayah 10. Liew Vui Keong dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) 11. Ignatius Darell Leiking dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 12. Mohamaddin Ketapi dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya 13. Yeo Bee Yin dilantik Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar TIMBALAN MENTERI 1.Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dilantik Timbalan Menteri Wilayah 2. Dr Md Farid Rafik dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) 3. Amiruddin Hamzah dilantik Timbalan Menteri Kewangan 4. Eddin Syazlee Shith dilantik Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia 5. Shamsul Iskandar Md Akin dilantik Timbalan Menteri Industri Utama 6. Sim Tze Tzin dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 7. R. Sivarasa dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 8. Fuziah Salleh dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) 9. Dr Lee Boon Chye dilantik Timbalan Menteri Kesihatan 10. Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya 11. Chong Chieng Jen dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 12. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli 13. Hannah Yeoh dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 14. Teo Nie Ching dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 15. Steven Sim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan 16. Dr Ong Kian Ming dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 17. Mahfuz Omar dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia 18. Mohd Anuar Mohd Tahir dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya 19. Dr Mohd Hatta Md Ramli dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan 20. Mohamed Hanipa Maidin dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) 21. Datuk Kamarudin Jaffar dilantik Timbalan Menteri Pengangkutan 22. Datuk Aziz Jamman dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri 23. Isnaraissah Munirah Majlilis dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

Menteri - 6/28 menteri wanita Timbalan Menteri - 4/24 menteri wanita Hanya 10 menteri wanita daripada kesemua 52 Menteri-menteri, ataupun 19.2%.

Jun 2018

The problem with a 30% women quota

The Edge Markets June 10, 2018

On page 181 of Pakatan Harapan’s (PH) election manifesto for the recently concluded polls, our new government pledged the following: “We will ensure at least 30% of policymakers appointed at all levels are women.” Since winning the election, however, PH has yet to fulfil this promise in either its state executive councils or in the partially formed Cabinet. That should not be surprising. Many opine that quotas undermine meritocracy and are a step back for women. In Malaysia, as it is elsewhere, there are women and men who publicly oppose a gender quota in either government or corporations. What are the objections to a quota of a minimum of 30% women? And how might we better evaluate if a gender quota is beneficial or detrimental? The following are three common objections. 1. Quotas are bad. Look at the New Economic Policy (NEP). It is true the NEP has given quotas a bad name. There are, however, differences between the NEP and a quota of a minimum of 30% women. Quotas under the NEP ensure exclusivity for a specific racial category of Malaysians, even if its goals have already been achieved. This has resulted in a merit-less system and in cronyism and nepotism. Gender equality has yet to be achieved in Malaysia, and the call for 30% women is not about exclusivity. It is not asking for qualified men to be excluded. It is, instead, asking that the same opportunities available to men are made available to qualified women. If women make up 50% of the population, they should have 50% representation at all policymaking levels. Politics, after all, is not just about seniority or popularity. It is also about representation. Asking for a minimum 30% is about getting the ball rolling towards equal representation for women, who have thus far been underrepresented in politics. When gender equality has been established, the quotas can be removed. 2. Quotas undermine meritocracy In a paper published last year, economists at the London School of Economics found in their research on Sweden that gender quotas in politics actually raised “the competence of the political class in general, and among men in particular”. They found that, on average, a 10 percentage-point higher female representation raised the proportion of competent men by three percentage points. They also found that “mediocre leaders are either kicked out or resign in the wake of more gender parity”. The economists concluded that “a quota has the potential to undercut the dominance of a mediocre elite”. Other studies demonstrate the same point — that gender quotas enhance quality. According to the United Nations, for example, there “is established and growing evidence” that women’s leadership in politics improves political decision-making processes, “even in the most politically combative environments”. University of Edinburgh lecturer in gender and politics, Dr Meryl Kenny, also cites several studies that have found that quotas raise the overall quality of candidates and elected representatives. Kenny writes that rather “than oust competent men in favour of mediocre women, parties have replaced mediocre men with highly qualified women”. Quotas, she argues, ensure that the “best and the brightest” are selected and elected. 3. Quotas insult women Certainly, the fact that we even need quotas to ensure equal women’s representation is insulting to women. That is, however, different from saying that quotas in themselves are insulting. A quota is not a handicap given to women because they are incompetent or unqualified. Quotas are needed not because women are not good enough. Quotas are needed because an imperfect system that creates inequality and unfairness needs to be corrected when it is not likely to self-correct soon enough. Quotas help interrupt the “patterns of exclusion”, whether across race, gender or class, that US Episcopal bishop Michael Curry speaks about. And the fact is, Malaysian women are being excluded. If women were not being excluded, they would already make up 50% of all state excos and the Cabinet, just as it was in the Canadian Cabinet after Justin Trudeau became prime minister in 2015. Instead, Malaysian women’s representation in politics is among the lowest in the world, according to the Inter-Parliamentary Union. Additionally, there is evidence in the PH-led states that because of implicit gender biases, women continue to be overlooked or ignored. In Selangor, for example, 12 women from PH were voted into the state assembly. Only two were appointed to an exco of 11. In Penang, there are five women assemblypersons from PH. Only one was appointed to the 11-member exco. According to the Australian Institute of International Affairs, research on gender quotas in Kenya and Australia proves that quotas play an important role in “bringing women’s voices into systems where they are otherwise excluded, shortcutting a process that can naturally take generations”. What now? The previous Barisan Nasional government made the promise for 30% women as far back as in 1998. Hence, PH’s pledge in its Buku Harapan is not exactly new. However, PH also promised that it would deliver on its electoral pledges so as to create a better Malaysia. Thus far, it has failed to live up to this promise vis-à-vis fairer and better gender representation in policymaking positions in the state and federal governments. It has one last chance to do so in the appointment of the full Cabinet. The fact is, PH need only appoint another five women ministers to a Cabinet of 25 ministries to make good on this promise. The good news is, PH has 18 other women members of parliament it can choose from, apart from the three who have already been appointed ministers. Indeed, this is the easiest pledge for PH to fulfil. The data and research prove the benefits of having a gender quota, contrary to popular objections. Not only that, PH clearly has more than enough competent women MPs to nominate as ministers. PH has already failed to ensure a minimum 30% women in the seven states it controls. Should it also fail to have a minimum of 30% women in the Cabinet, it might be fair to conclude the following: our new government treats as dispensable the promises it makes about women’s rights and representation in this country. Our hope is that they prove us wrong.

Feb 2018

ADVERTISE WITH US Search Zuraida: Derita Indira tidak akan terjadi jika ramai wanita dalam kerajaan

Free Malaysia Today February 03, 2018

Zuraida Kamaruddin melihat janji Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengutamakan peranan wanita dalam kerajaan sekiranya Pakatan Harapan (PH) memerintah sebagai langkah yang baik untuk wanita. Menurut ketua Wanita PKR itu, langkah itu memberi penekanan lebih besar pada hak wanita dan membantu dalam kes-kes seperti penukaran agama sebelah pihak dan perkelahian hak penjagaan seperti yang dialami oleh M Indira Gandhi dan S Deepa. “Dalam kes-kes seperti Indira Gandhi dan S Deepa yang membicarakan tentang pertukaran agama, perkara ini tidak akan terjadi sekiranya wanita adalah pembuat polisi. “Tambahan lagi, pemimpin wanita akan membawa isu-isu penting seperti menghalang perkahwinan kanak-kanak dan juga keganasan rumah tangga,” katanya. Beliau menambah itulah hasil daripada menerima maklumat dan maklum balas dalam isu-isu penting, agar keputusan dibuat dengan pertimbangan lebih tinggi terhadap wanita. Ahli Parlimen Ampang itu berkata pandangan Dr Mahathir juga berbeza berbanding kerajaan Barisan Nasional yang tidak langsung berkeinginan untuk berkongsi kuasa dengan wanita walaupun memerintah selama 60 tahun. Beliau merujuk kepada bicara dasar oleh pengerusi PPBM itu di Facebook pada Khamis. Ia sebahagian daripada program media sosial oleh bekas perdana menteri itu menuju pilihan raya umum ke-14 yang boleh berlangsung dalam beberapa bulan lagi. Dr Mahathir membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana gagal melantik lebih ramai wanita dalam jemaah menteri. “Kalaupun kita ada menteri wanita, mereka diberi tugas yang tidak begitu penting. Kita dapati mereka dipertanggungjawabkan untuk masalah kecil…tidak berkenaan ekonomi negara, pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan perdagangan, seperti yang kita lihat menjadi tanggungjawab Rafidah Aziz,” katanya merujuk kepada bekas ketua Wanita Umno yang berkhidmat dalam Kabinetnya. Rafidah adalah menteri perdagangan antarabangsa dan industri dari 1987 hingga 2008, dan berkhidmat di bawah Dr Mahathir dan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Zuraida bersetuju dengan pandangan yang disuarakan Dr Mahathir dalam program bicara dasar itu. “Kami bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa terdapat kurangnya kepercayaan dan keyakinan terhadap keupayaan wanita sungguhpun pada masa kini, majoriti lepasan dari universiti untuk setiap tahun adalah wanita. “Apa yang lebih baik lagi adalah cadangan Dr Mahathir untuk menyediakan lebih 30% tempat bagi wanita dalam peranan sebagai pembuat keputusan,” katanya. Beliau menambah langkah itu menjadikan gabungan pembangkang pilihan terbaik untuk negara, kerana lebih ramai wanita akan mempunyai akses kepada peranan lebih baik sebagai pembuat dasar. “Dengan adanya lebih ramai wanita di dalam jawatan-jawatan penting ini, seperti menteri atau senator, nasib wanita Malaysia akan dapat dibela,” katanya. Beliau menambah selaras dengan dasar itu, PH akan meletakkan lebih ramai calon wanita pada PRU14. “Sekiranya kami dapat memenangi pilihanraya, ini bermaksud perkongsian kuasa dengan wanita akan tercapai,” katanya. “Langkah Pakatan Harapan untuk meletakkan 30% calon wanita dalam PRU-14 adalah satu langkah yang baik dan telah terbukti diterima para pengundi, terutamanya pengundi wanita.”