Kos Kehidupan B03. JURANG KEKAYAAN

B03-01: Membaiki dan struktur semla pengeluaran BR1M

Pakatan Harapan May 10, 2018
Sedang Dijalani
May 2018

'BR1M ni apa dia? Kerajaan beri bantuan sara hidup'

Malaysiakini May 30, 2018

Kabinet hari bersetuju meneruskan skim bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah, namun ia bukan lagi dikenali dengan nama lama - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Semasa mengumumkan perkara itu pada sidang media di Putrajaya hari ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malah secara bergurau menyatakan tidak tahu menahu mengenai BR1M. Ditanya wartawan mengenai bantuan untuk golongan terbabit Dr Mahathir berkata: "Saya tak tau tentang BR1M, tapi kini kita ada bantuan sara hidup. BR1M ni apa?" Kenyataan spontan itu kemudian mengundang ketawa anggota kabinet serta media. BR1M sebuah skim diilhamkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak untuk individu yang memperoleh pendapatan RM2,000 ke bawah, atau keluarga dengan perolehan bulanan RM3,000 dan kurang. Ketika ia banyak meringkankan beban golongan sasar, pada masa sama pengkritik mendakwa ada pihak yang tidak layak dibantu, turut mendapat manfaat daripadanya. Pakatan Harapan turut mengkritik skim BR1M yang dianggap sebagai membeli sokongan daripada rakyat supaya terus menyokong BN. Skim itu dimulakan pada 2012 dengan bayaran RM500 kemudian meningkat kadpa RM1,200 sebelum mencapai kadar RM2,000 menjelang pilihan raya umum lalu. Sementara itu Dr Mahathir berkata kakitangan awam akan menerima bonus khas hari raya bernilai RM400, manakala pesara kerajaan RM200. Sempena sambutan perayaan Aidilfitri juga perdana menteri mengumumkan semua konsesi lebuh raya di negara ini memberikan potongan harga sebanyak 50 peratus sebelum 1 Syawal. Aidilfitri dijangka disambut di negara ini pada 15 Jun. Kabinet juga, kata Dr Mahathir, bersetuju memilih slogan Sayangi Malaysia sebagai tema sambutan hari kebangsaan pada tahun ini.