Reformasi Politik C19. BUDGET BERINTEGRITI

C19-01: Memperbaiki ketelusan pentadbiran kewangan negara

Pakatan Harapan May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Kutipan Tabung Harapan cecah RM35.3 juta

The Malaysian Insight June 05, 2018

TABUNG Harapan Malaysia, yang dilancarkan pada 30 Mei, mengutip sebanyak RM35.3 sehingga 1 petang, hari ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng, berkata maklum balas yang sangat mengalakkan dan sokongan berterusan rakyat Malaysia yang menderma bagi membantu mengurangkan hutang negara sebanyak RM1 trilion, mencerminkan kecintaan kepada negara dan patriotisme Beliau memberi jaminan bahawa wang yang dikutip itu akan digunakan hanya untuk mengurangkan hutang kerajaan dan bukan untuk tujuan lain.

Menurut Lim, kementeriannya akan memastikan juruaudit luar yang akan dilantik untuk Tabung Harapan melaksanakan kerja mereka sepertimana perlu dan telus. “Proses pelantikan sedang berjalan. Setakat ini tiada sesen pun yang dikeluarkan dari Tabung Harapan. Kami memberi jaminan kepada rakyat bahawa dana berkenaan akan digunakan untuk tujuan yang betul. Kami melaksanakan dengan ketat prosedur operasi standard dalaman kementerian,” katanya. Ditanya jika juruaduit luar akan melaksanakan tugas audit dengan percuma berdasarkan niat baik, Lim berterima kasih kepada pemberita atas cadangan itu dan berkata akan melihat perkara itu. “Jika ada firma yang ingin bersama kita sebagai niat baik, kita tidak perlu membuka tender kepada mana-mana firma audit untuk ini,” katanya dan menambah audit Tabung Harapan adalah satu tugas yang mudah. Ditanya jika Matrix Concept mempunyai perjanjian dengan kerajaan Persekutuan kerana ia sanggup menderma RM5 juta, Lim berkata, tiada ikatan antara syarikat berkenaan dengan kerajaan Persekutuan dan sumbangan itu diberikan atas niat baik syarikat berkenaan. Berhubung soalan lain, Lim berkata, kerajaan tiada cadangan untuk menambat ringgit dan enggan menjelaskan peruntukan kepada kementerian yang berkenaan berhubung rang undang-undang perbekalan tambahan yang akan dibentangkan di Parlimen Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat pada 5 petang dengan ringgit adalah 3.9720/9750 berbanding dolar berbanding 3.9700/9740 pada penutup Isnin. Sementara itu, Pengarah Urusan Matrix Concept Lee Tian Hock, berkata RM3 juta yang disumbangkan hari ini adalah dibawah program tanggungjawab sosial syarikat sementara baki RM2 juta akan disumbangkan selepas syarikat itu mengutip sumbangan daripada sekutunya dan kontraktor. – Bernama, 5 Jun, 2018.