Reformasi Politik C13. PEROLEHAN BERINTEGRITI

C13-01: Mereformasi sistem perolehan dan pemberian kontrak kerajaan

Pakatan Harapan MS71 May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Kabinet tubuh jawatankuasa siasat isu monopoli di tiga kementerian

Utusan Malaysia June 20, 2018

PUTRAJAYA 20 Jun - Kabinet bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat isu monopoli melibatkan tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jawatankuasa tersebut akan diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. “Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju menubuhkan jawatankuasa itu selepas ketiga-tiga kementerian yang terlibat membangkitkan isu kewujudan monopoli dalam kementerian,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan mengenai dakwaan wujudnya monopoli bekalan ubat-ubatan di negara ini. - UTUSAN ONLINE

Jun 2018

1.1k 33 Esok keputusan siasatan penyelewengan kontrak tenaga solar sekolah

Free Malaysia Today June 10, 2018

Maszlee berkata beliau maklum mengenai laporan media mengenai kemungkinan wujudnya penyelewengan dalam pemberian kontrak perbekalan tenaga solar kepada sekolah di Sarawak.

Kementerian Pendidikan akan mengumumkan keputusan berhubung isu penyelewengan pemberian kontrak perbekalan tenaga solar di sekolah di Sarawak, esok (Isnin). Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata keputusan yang akan diumumkan esok itu diambil pada Jumaat lepas (8 Jun) setelah pihaknya menjalankan siasatan terperinci mengenai kes tersebut minggu lepas. “Saya maklum mengenai laporan oleh pihak media mengenai kemungkinan wujudnya penyelewengan dalam pemberian kontrak perbekalan tenaga solar kepada sekolah di Sarawak. “Saya menjalankan siasatan terperinci mengenai kes ini sejak minggu lepas dan pihak berkuasa berkaitan juga dimaklumkan. Satu keputusan tegas diambil pada Jumaat lalu dan keputusan ini akan saya umumkan secara rasmi esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini (Jun 14) Tiada keputusan yang telah diumumkan.

Jun 2018

4 Dr M dedah penjawat awam pegang 68 jawatan dalam syarikat berbeza

Free Malaysia Today June 08, 2018

Perdana menteri berkata, kerajaan melarang penjawat awam memegang lebih 5 jawatan dalam syarikat berbeza bagi mengelakkan penyelewengan dalam pemberian kontrak.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan ada di kalangan pegawai kerajaan yang memegang sehingga 68 jawatan dalam pelbagai syarikat. Sehubungan itu, perdana menteri berkata, kerajaan melarang penjawat awam memegang lebih 5 jawatan dalam syarikat berbeza bagi mengelakkan penyelewengan dalam pemberian kontrak. “Kadang-kadang seseorang pegawai memegang sehingga 68 jawatan dalam pelbagai syarikat dan ini juga akan dikurangkan mengikut keperluan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah di Perdana Putra, hari ini. “Kita tidak akan beri lebih daripada 5 (jawatan) dan kita tak galak ada pegawai memegang 2 atau 3 jawatan, sepatutnya 1 jawatan sahaja, tapi kita tak dapat elak sesetengah pegawai yang perlu pegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).”