Reformasi Politik C13. PEROLEHAN BERINTEGRITI

C13-03: Kementerian Kewangan akan diarahkan untuk menyemak semula semua projek infrastruktur gergasi dengan negara asing agar faedahnya dapat dikongsi oleh semua rakyat Malaysia secara saksama

Pakatan Harapan MS71 May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

1k Sabah akan kaji projek saluran paip gas dibiayai China

Free Malaysia Today June 06, 2018

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri Sabah amat mengambil berat tentang projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP). Kata Shafie, beliau difahamkan projek itu dikendalikan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan. “Saya akan berjumpa dengan YB Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan butiran terperinci dan melihat apa yang akan dilakukan Kerajaan Persekutuan tentang projek itu,” katanya dalam kenyataan, malam ini. Menurut beliau, kerajaan negeri perlu mengkaji secara terperinci tentang projek itu, termasuk bagaimana ia akan memberi manfaat kepada rakyat serta kosnya. Laporan media baru-baru ini menyebut TSGP akan dibiayai melalui pinjaman mudah berjumlah RM4.53 bilion daripada sebuah bank di China dan dijamin