Reformasi Politik C04. Pencegahan Rasuah

C04-07: Semua Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan pegawai kerajaan berpangkat JUSA C ke atas akan diwajibkan membuat pengisytiharan aset dan pendapatan.

Buku Harapan MS51 June 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Menteri wajib mengisytiharkan harta kepada agensi berkaitan pencegahan rasuah

Free Malaysia Today June 08, 2018

Semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik wajib mengisytiharkan harta mereka untuk disampaikan kepada agensi berkaitan pencegahan rasuah.

“Perdana menteri tak boleh sorok rasuah yang dilakukan pegawai atau anggota pentadbiran, banyak tindakan akan diambil supaya tidak jejaskan pentadbiran negara.” Katanya, pegawai kerajaan juga dilarang menerima sebarang hadiah, kecuali bunga, makanan dan buah-buahan. “Kita tolak semua kereta dan sebagainya, itu diputuskan termasuklah pegawai tinggi kerajaan tidak dibenarkan terima sebarang hadiah. Sesiapa yang terima hadiah, bukan sahaja penerima yang salah, orang yang beri hadiah juga bersalah.”