Reformasi Politik C02. Jabatan Perdana Menteri

C02-03: Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan

Pakatan Harapan MS48 May 10, 2018
Dipenuhi
May 2018

Dr. Mahathir lepaskan jawatan Menteri Pendidikan

Utusan Online May 18, 2018

AZRUL HAKIMIE ANUER

KUALA LUMPUR 18 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan Menteri Pendidikan, sehari selepas mengumumkan pengambilan portfolio tersebut.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu berkait rapat dengan janji untuk tidak memungkiri perkara yang sudah sedia termaktub di dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

“Itu peruntukan dalam manifesto berkenaan. Saya tidak boleh mungkir janji itu melainkan terdapat tuntutan saya mengambil portfolio menteri pelajaran,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook PPBM hari ini. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dr-mahathir-lepaskan-jawatan-menteri-pendidikan-1.675255#ixzz5I1Lkzx00