Kos Kehidupan B04. Perumahan Mampu Milik

B04-16: Memudahkan proses permohonan pinjaman perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan pertengahan (golongan B40 dan M40).

Sinar Harian June 16, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Kementerian Perumahan berusaha untuk membuat permohonan pinjaman rumah untuk B40, M40 lebih mudah: Zuraida

New Straits Times June 21, 2018

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membuat cadangan untuk membantu proses permohonan pinjaman perumahan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40), kata Menteri Pertahanan Zuraida Kamaruddin hari ini. Katanya kementerian itu sedang mengkaji untuk menggalakkan institusi kewangan untuk memasukkan dalam penilaian mereka, pendapatan kedua atau ketiga kumpulan B40 dan M40. "Biasanya kumpulan ini mempunyai pendapatan kedua atau ketiga dari pekerjaan separuh masa mereka dan institusi kewangan harus memasukkannya dalam penilaian mereka. "Kami akan membincangkannya dengan Kementerian Kewangan dan Bank Negara kerana matlamat kami adalah untuk memastikan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang," katanya. "Jadi, (saya rasa) kita juga harus mempertimbangkan mereka yang mempunyai banyak pendapatan dari pekerjaan separuh masa mereka," katanya.

Jun 2018

Pinjaman rumah: Ambil kira pendapatan kedua

Sinar Harian June 16, 2018

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencadangkan agar bank-bank mengambil kira sumber pendapatan kedua dan ketiga sebagai kriteria kelayakan permohonan pinjaman perumahan. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata cadangan itu mungkin boleh memberi kelonggaran penarafan kredit bagi mengatasi masalah peratusan penolakan pinjaman perumahan yang tinggi dalam kalangan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40). "Walaupun pemohon sudah mengemukakan jumlah pendapatan utama namun, sekiranya mereka ada sumber pendapatan kedua dan ketiga (tanpa slip gaji) seperti berniaga yang wajar diambil kira sebagai kriteria kemampuan untuk bayar balik pinjaman. "Langkah mengambil kira semua pendapatan pemohon (pendapatan utama dan sampingan) mungkin memberi kelonggaran seterusnya melayakkan mereka mendapat pinjaman," katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini. Zuraida berkata, cadangan lain termasuklah menggunakan kaedah 'rent to own' iaitu kemudahan memiliki rumah selepas menyewa bagi tempoh tertentu serta mempertimbangkan kelayakan mendapat pinjaman berdasarkan angka unjuran gaji pemohon. KPKT, katanya, sudah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan dan dijangka perbincangan lanjut berhubung mekanisme itu akan dibuat bersama BNM dalam tempoh terdekat, selepas musim Aidilfitri ini. Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata, KPKT akan mempercepatkan usaha pelarasan semua skim perumahan mampu miliki kerajaan menerusi cadangan penubuhan Majlis Perumahan Mampu Milik di bawah kementerian itu, Ogos ini. Selepas kerajaan meluluskan penubuhannya, semua agensi perumahan mampu milik seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) akan diperkemas serta diselia secara berpusat untuk pengurusan yang lebih mudah. Menurutnya, apabila pelarasan itu dibuat, projek terlibat juga akan menggunakan nama baharu yang akan diumumkan kelak bagi menggantikan jenama 1Malaysia yang digugurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. - Bernama