Nie Ching mahu UEC selesai segera
Utusan July 08, 2018
imbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mahu isu berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dapat selesaikan secepat mungkin. Katanya lagi, menjadi matlamatnya supaya isu terbabit dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini kerana UEC tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan. “Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya. “Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara tidak teliti,” katanya seperti dipetik dalam portal Malaysiakini di sini hari ini. Isnin lalu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengumumkan pengambilan lulusan UEC akan dilaksanakan sebagai antara syarat perjawatan peringkat negeri kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kenyataan Adly untuk mengiktiraf UEC itu mendapat bantahan banyak pihak kerana dilihat bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam pada itu, jelas Nie Ching lagi, isu pengiktirafan UEC tidak perlu dibawa ke Parlimen memandangkan kerajaan sebelum ini juga memberi pengiktirafan kepada sijil A-Level tanpa melalui perbahasan di Dewan Rakyat. “Kementerian Pendidikan perlu menentukan mekanisme pengiktirafan UEC kemudian Menteri Pendidikan boleh membawanya ke Kabinet,” katanya.