B - Cost of Living B08. PUBLIC TRANSPORTATION

B08-05: Ensure transportation companies compete in a healthy way to obtain concessions, so that we prevent monopolies

May 10, 2018
In progress
Jun 2018

SPAD akan pecahkan monopoli, termasuk aplikasi e-hailing

Malaysiakini June 01, 2018

Kerajaan tidak akan membenarkan mana-mana monopoli dalam sektor pengangkutan termasuk perkhidmatan e-hailing (pengangkutan berasaskan aplikasi), kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata telah mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menjalankan kajian menyeluruh mengenai perkhidmatan teksi dan e-hailing serta mengemukakan cadangan dalam tempoh sebulan. Ini termasuk mencari jalan untuk memecahkan monopoli. "Kami tidak akan membenarkan mana-mana monopoli oleh mana-mana syarikat, termasuk e-hailing. Jadi, apa yang kita mahukan ialah menjaga kepentingan orang ramai. "Kami akan mencari titik keseimbangan bagaimana untuk mengawal selia industri dan bagaimana memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai," katanya ketika ditanya mengenai kebimbangan banyak pihak mengenai perkhidmatan teksi dan e-hailing yang dimonopoli syarikat Grab. Beliau berharap dapat mengumumkan dasar baru mengenai perkhidmatan teksi dan e-hailing menjelang Julai 2018 ini.