100 Hari

A06. Menangguhkan Bayaran PTPTN

Pakatan Harapan May 10, 2018
Dipenuhi
Jul 2018

PTPTN confirms payment deferment for those earning under RM4,000 monthly

Malay Mail July 16, 2018

The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) will permit borrowers with salaries below RM4,000 a month to defer repaying their study loans.

May 2018

PTPTN: 433,000 dikeluarkan dari senarai hitam

Harian Metro May 31, 2018

KIRA-KIRA 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, melalui proses pemutihan secara berperingkat dari 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, PTPTN menyenarai hitam sebanyak satu juta peminjam dan kira-kira 655,000 daripadanya sudah membuat pembayaran membabitkan kutipan sejumlah kira-kira RM1.9 bilion dan keluar dari senarai hitam Jabatan Imigresen.

"Selebihnya kira-kira 433,000 lagi sedang diputihkan secara berperingkat dalam tempoh 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini. "Kita sudah berjanji mahu mengeluarkan semua peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen. “Perbincangan sudah dijalankan dengan pihak yang terbabit dan pemutihan daripada senarai hitam sedang dilaksanakan dan dijangka semua urusan berkaitan dapat diselesaikan sebelum pertengahan Jun ini," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

May 2018

Pengecualian Pembayaran PTPTN Bagi Peminjam Bergaji RM 4000 Ditangguh

The Star Online May 31, 2018

PUTRAJAYA: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan terus membayar pinjaman mereka sekarang. Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik berkata Kerajaan Pakatan Harapan perlu melaksanakan janjinya kerana negara ini dibebani dengan lebih banyak hutang daripada apa yang diturunkan oleh pentadbiran terdahulu. “Kementerian memerlukan lebih banyak masa untuk mencari jalan terbaik untuk memenuhi janji ini dalam tempoh 100 hari,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran kepada lepasan sekolah SPM ke universiti awam dan pusat matrikulasi di pejabatnya pada hari Khamis (31 Mei). Manifesto pilihan raya Pakatan termasuk menangguhkan pembayaran pinjaman PTPTN bagi mereka yang memperoleh pendapatan RM4,000 dan ke bawah. Peminjam PTPTN masih boleh berunding dengan jumlah yang mereka mampu bayar.

May 2018

PTPTN tangguh bayaran, bebas sekatan serta-merta

Malaysia Gazette May 22, 2018

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.

Demikian kata Menteri Pendidikan baharu, Dr. Maszlee Malik sambil menegaskan, langkah itu berkuat kuasa serta-merta sebagai menunaikan janji pilihan raya yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam masa 100 hari selepas menang pilihan raya. “Di peringkat pengajian tinggi, kita akan memberikan tumpuan sebab kita janji dalam 100 hari untuk meletakkan syarat kepada pembayar PTPTN iaitu mereka yang belum mencapai gaji RM4,000 mereka tak perlu membayar.

May 2018

Struktur semula Pembayaran PTPTN & Memansurkan Dakar senarai hitam

Pakatan Harapan May 10, 2018

Bebanan hutang PTPTN yang ditanggung oleh graduan akan dikurangkan dengan cara melanjutkan tempoh mula bayar agar mereka mula membayar hanya apabila pendapatan bulanan kasar mencapai RM4,000 sebulan. Pelajar yang cemerlang dan juga pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah akan diberikan diskaun bayaran yang setimpal ataupun hutang PTPTN akan dilupuskan seluruhnya. Pakatan Harapan sedar bahawa pinjaman PTPTN kini membebankan mahasiswa. Kami akan menyusun semula struktur pembayaran pinjaman PTPTN supaya jumlah pembayaran bergantung kepada jumlah gaji peminjam. Kami akan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senari hitam ke atas peminjam.