100 Hari

A09 & B09-02. Skim Peduli Sihat

Pakatan Harapan May 10, 2018
Belum Bermula
May 2018

Mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan

Pakatan Harapan May 10, 2018

Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkenalkan Skim Peduli Sihat, iaitu seperti yang telah dilaksanakan di Selangor, ke seluruh negara. Skim ini memperuntukkan RM500 setahun untuk keluarga B40 untuk melawat klinik swasta bagi rawatan asas (primary care). Ini akan memastikan mereka tidak bergantung hanya kepada hospital-hospital atau pusat-pusat kesihatan awam yang mungkin jauh dari rumah. Ia juga mengurangkan bebanan tugas pegawai kesihatan awam. Kerajaan Pakatan Harapan juga akan mengusahakan kerjasama lebih erat antara pusat-pusat kesihatan awam dengan klinik-klinik swasta supaya liputan perkhidmatan dipertingkatkan.