Kos Kehidupan B00. Kos Kehidupan

B03. Berkongsi kekayaan negara secara bersasar

Pakatan Harapan May 10, 2018

Please note these historical updates display when articles associated to this promise were added, removed, or changed. The promise status matches the status of its most recent article, as determined by the article date.

Sedang Dijalani
Dec 2018

Fasa pertama bantuan sara hidup 2019 dibayar 28 Jan

BERNAMA December 26, 2018

PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dibayar pada 28 Jan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata atas keprihatinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bantuan itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 Bilion. "Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Lim berkata bagi pelaksanaan BSH 2019 fasa pertama itu, Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data dan kaedah lama bagi membolehkan bayaran dibuat segera sebelum Februari 2019, walaupun berkemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak. Menurutnya proses pemutihan bagi mengeluarkan nama penerima tidak layak yang bukan daripada golongan berpendapatan rendah (B40) memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan. Lim berkata setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. "Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah," katanya. Menurut Lim kriteria pembayaran dan kaedah baharu akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat. Katanya seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, Kerajaan meneruskan program BSH untuk menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka. -- BERNAMA

May 2018

BR1M to be rebranded as living cost aid

Malay Mail May 30, 2018

Payments under the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) will continue but the scheme will be converted to one named “Cost of Living Aid”, said Tun Dr Mahathir Mohamad.

The prime minister did not provide further details of the new programme beyond saying it will be “very different” from the BR1M introduced by the Najib administration.

May 2018

Berkongsi kekayaan negara secara bersasar

Pakatan Harapan May 10, 2018

Pakatan Harapan berpegang dengan pandangan bahawa pemberian bantuan kerajaan perlu dilakukan agar tidak ada rakyat yang ketinggalan. Ini menuntut kepada satu mekanisme yang lebih tersusun yang boleh diwujudkan setelah kita meneliti sistem jaminan sosial yang wujud di negara-negara lebih maju. Mereka yang layak menerima BR1M akan terus menerima bantuan dan proses pembayaran akan dipastikan bebas daripada diskriminasi atau pengaruh politik kepartian. Kerajaan Pakatan Harapan akan memperbaiki sistem ini agar pengurusan dan pemberiannya lebih setara.

Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pengaruh politik dihapuskan daripada proses pemberian bantuan agar semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik akan terus mendapat bantuan dan ia ini tidak disalah guna. Penyaluran bantuan kerajaan melalui parti-parti politik atau mereka yang berkepentingan politik akan dihentikan kerana ini adalah amalan yang tidak beretika. Sebaliknya, pengagihan akan dibuat melalui jentera kerajaan dan badan-badan kebajikan yang tulin. Sistem bantuan kewangan bersasar tersebut akan berfungsi sebagai jaringan keselamatan sosial yang universal (universal social safety net) bagi semua rakyat yang layak, sepertimana yang kini wujud di negara-negara maju. Pada peringkat awal, skim bantuan ini akan memberi keutamaan kepada rakyat berpendapatan paling rendah di kawasan luar bandar, terutamanya di negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Sabah, serta kawasan-kawasan FELDA dan FELCRA. Skim ini akan diperluas ke seluruh negara secara berperingkat.

Pelaksanaan skim ini akan memerlukan penambahbaikan yang signifikan terhadap pangkalan data dan maklumat yang disimpan oleh kerajaan. Maklumat yang kini disimpan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, program eKasih, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan agensi-agensi lain, termasuklah di negeri-negeri, akan diselaraskan agar data yang dimiliki sentiasa terkini dan tepat. Negeri-negeri pengeluar minyak dan gas akan diberi royalti atau nilai bersamaan yang sewajarnya. Kezaliman UMNO dan Barisan Nasional yang memberi dana berdasarkan perkiraan politik akan dihentikan. Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan negeri-negeri berkenaan mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan pembangunan di peringkat negeri.