Kos Kehidupan B00. Kos Kehidupan

B09. Mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan

May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Majlis Penasihat Kesihatan: Kertas Kabinet minggu depan

Berita Harian June 05, 2018

Kertas Kabinet berhubung cadangan penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri, minggu depan. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata majlis itu akan dianggotai lima hingga tujuh tokoh sebagai penggerak yang berperanan menjana idea ke arah memperkasakan sistem kesihatan negara.

"Kita akan memilih yang paling baik dalam kalangan terbaik. Majlis itu akan berperanan membantu kerajaan merangka hala tuju baharu memperkasa Kementerian Kesihatan ke arah kelas dunia, sekali gus menambah baik perkhidmatan kesihatan. "Mereka akan bekerjasama dengan tenaga pakar sedia ada di kementerian dalam menangani sebarang isu sebelum mencadangkan penyelesaian terbaik kepada kerajaan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini. Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, warga Kementerian Kesihatan perlu proaktif menangani permasalahan mendesak dalam operasi perkhidmatan kesihatan di negara ini, termasuk tempoh menunggu lama untuk pesakit bertemu doktor, khususnya pakar perubatan. "Selain itu, tempoh menunggu lama untuk keputusan suatu siasatan mengenai kes kesihatan; bekalan ubat-ubatan terganggu; kesesakan di kemudahan kesihatan; dan peningkatan kos penjagaan kesihatan, terutama dalam sektor swasta," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Rakyat, dan peranannya dioptimumkan dengan penempatan lebih ramai doktor untuk meningkatkan keupayaan operasi. "Penempatan lebih ramai doktor di Klinik Rakyat tidak menjadi masalah kerana kita menghasilkan kira-kira 5,000 doktor setiap tahun, cuma fasiliti untuk menempatkan mereka kurang," katanya.

Beliau juga optimis peruntukan bagi sektor kesihatan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa selaras kemampuan kerajaan dan tuntutan semasa. Katanya, kementerian memerlukan peruntukan lebih tinggi bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dapat terus diperkasakan. "Dalam tempoh lima tahun ini, diharap sektor kesihatan dapat menyumbangkan sekurang-kurang enam hingga tujuh peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya. Mengenai penangguhan sementara pelaksanaan Skim Peduli Sihat membabitkan cadangan pemberian RM500 pembiayaan rawatan asas di klinik swasta berdaftar bagi golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), katanya, perkara itu diharap dapat dimasukkan dalam peruntukan Bajet 2019.

Jun 2018

1Malaysia Clinics to be renamed, facilities enhanced

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/05/1malaysia-clinics-to-be-renamed-facilities-enhanced/ June 05, 2018

The Health Ministry will enhance 1Malaysia Clinics by allocating doctors and a proper drug-dispensing unit to address the long waiting times for patients. At present, most 1Malaysia Clinics are run by medical assistants and nurses. Health Minister Dr Dzulkefly Ahmad said that 1Malaysia Clinic will be renamed to reflect the fact that they are for the rakyat. “One way is to transform Klinik 1Malaysia to a rakyat clinic,” he said in his first monthly meeting with the ministry staff on Tuesday. Asked where the ministry will get the doctors, he said that there was no shortage of doctors. “What we lack are hospital facilities,” he said.

May 2018

Mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan

Pakatan Harapan May 10, 2018

Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan peruntukan kewangan bagi Kementerian Kesihatan dinaikkan kepada 4 peratus daripada KDNK dalam penggal pertama pentadbiran kami. Pakatan Harapan sedar bahawa rakyat semakin bimbang tentang kos kesihatan yang semakin meningkat. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mampu membeli insuran kesihatan yang diperlukan.

Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkenalkan Skim Peduli Sihat, iaitu seperti yang telah dilaksanakan di Selangor, ke seluruh negara. Skim ini memperuntukkan RM500 setahun untuk keluarga B40 untuk melawat klinik swasta bagi rawatan asas (primary care). Ini akan memastikan mereka tidak bergantung hanya kepada hospital-hospital atau pusat-pusat kesihatan awam yang mungkin jauh dari rumah. Ia juga mengurangkan bebanan tugas pegawai kesihatan awam. Kerajaan Pakatan Harapan juga akan mengusahakan kerjasama lebih erat antara pusat-pusat kesihatan awam dengan klinik-klinik swasta supaya liputan perkhidmatan dipertingkatkan. Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah peruntukan dan memberi insentif untuk penglibatan syarikat swasta dan badan-badan kebajikan untuk merawat penyakit jarang berlaku (rare diseases), terutamanya di kalangan golongan kurang berada, dan untuk membantu keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas.

Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit. Ini termasuk pencegahan, pengesanan awal penyait berkenaan, serta memberikan rawatan penyakit barah. Ini memerlukan strategi dan kerjasama pelbagai sektor dan lapisan masyarakat, termasuk perancangan bandar, pengangkutan awam, perundangan industri makanan dan sebagainya. Lebih banyak sumber kerajaan akan disalurkan kepada penjagaan kesihatan mental melalui hospital-hospital awam, terutamanya dari segi sumber manusia dan juga melalui perlindungan insurans. Kerajaan juga akan menyediakan vaksin pneumokokus (pneumococcal vaccination) secara wajib untuk semua kanak-kanak di bawah umur 2 tahun iaitu seperti yang dilakukan oleh banyak negara lain. Untuk menangani isu rawatan pesakit terminal, insentif akan disediakan untuk penubuhan pusat penjagaan paliatif (palliative care) di seluruh negara. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya menyediakan plan terperinci untuk menyelesaikan masalah doktor-doktor muda atau houseman yang terpaksa menunggu terlalu lama. Peluang pendidikan dalam bidang perubatan akan diteliti untuk memastikan bilangan pelajar perubatan dan juga bilangan biasiswa atau pinjaman yang diberikan adalah selaras dengan kapasiti dan keperluan doktor dalam negara. Penajaan untuk belajar di luar negara akan diberi hanya untuk universiti yang menepati piawaian yang sewajarnya.