Reformasi Politik C00. REFORMASI POLITIK

C05. Memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara

PAKATAN HARAPAN MS53 May 10, 2018
Tidak Dipenuhi
Jun 2018

Malaysia has a new Attorney General! ...But what does he do?

AskLegal June 07, 2018

When you report an incident to the Malaysian police, what they need to do (in summary) is gather information, then file an investigation report with the Public Prosecutor (PP) - who is also known as the Attorney General (AG). You may have heard a lot about the AG and his Deputy Public Prosecutors (DPP) in news reports where a criminal was charged in court, but what do the AG and his DPPs actually do? Currently, Malaysia’s (new) Attorney General is veteran lawyer Tommy Thomas. So, how exactly can a person become the AG of Malaysia? Is it a job that anyone can apply for?

Info Article: What is the role of an AG?

Jun 2018

Tommy for AG: Lawyers say Pakatan hasn’t broken GE14 pledge with non-MP nominee

Malay Mail June 04, 2018

Barrister Tommy Thomas’ nomination to be the next Attorney General (AG) is fine even if he is not an MP as spelt out in the Pakatan Harapan (PH) election manifesto, lawyers and lawmakers said. National Human Rights Society chief Datuk Ambiga Sreenevasan said the ruling coalition has yet to breach its electoral promise, which requires a change to the Federal Constitution that must first be tabled in the Dewan Rakyat. “Actually PH manifesto on AG requires a constitutional amendment. Until then the present position applies,” she posted on her Twitter account last night. News portal Malaysiakini had yesterday highlighted PH’s election manifesto, the 15th which had promised that “the AG shall be appointed from amongst the qualified members of Parliament, and he would become a minister who can continue the role as chief legal advisor to the government”.

PROMISE IN JEOPARDY OF BEING BROKEN

Jun 2018

Calon peguam negara tak dapat restu Agong

mStar June 03, 2018

Cadangan nama yang diberikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencalonkan peguam kanan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tidak mendapat restu Yang di-Pertuan Agong. Pada dasarnya, Dr Mahathir berkeras mahu menggantikan Tan Sri Apandi Ali dengan hanya mencadangkan nama Thomas kepada Sultan Muhammad V. Namun, Agong mahu lebih daripada satu nama dicadangkan, menurut sumber yang dekat dengan baginda. "Agong mengemukakan empat nama kepada Dr Mahthir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim mahkamah rayuan. "Agong mahukan seseorang yang telah menjadi hakim atau hakim bersara. Baginda tidak kisah sama peguam negara merupakan orang India, Cina atau pun Melayu," kata sumber. Sumber turut menegaskan Agong pernah mengesyorkan Thomas kepada kerajaan Kelantan untuk bertindak dalam kes terhadap Petronas. "Agong mahukan seorang peguam negara yang dapat memberi nasihat kepada baginda mengenai perkara Syariah tetapi Dr Mahathir menegaskan Peguamcara boleh mengendalikan tugas tersebut.

"Namun Agong bertitah penguam negara merupakan pegawai tertinggi yang sepatutnya menasihati baginda," kata sumber itu lagi. Pihak Istana menolak dakwaan di blog yang membangkitkan isu itu sebagai 'krisis perlembagaan'. "Ia hanya perbezaan pendapat. Raja bertitah kepada Dr Mahathir bahawa jika beliau mahu seseorang untuk mendakwa kes 1MDB, beliau tidak patut melantik Thomas sebagai peguam negara. "Thomas boleh dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana dilakukan terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee sebelum ini," kata sumber itu. Dua hari lalu, blogger terkenal Syed Akbar Ali dalam artikelnya di Malaysia Today berkata terdapat isu-isu serius yang timbul antara kerajaan dan 'pihak lain' mengenai pelantikan peguam negara. "Terdapat khabar angin kuat bahawa Dr Mahathir telah melantik seorang calon sebagai peguam negara yang baharu," katanya sambil menambah calon itu dikatakan bukan Islam, lelaki dan berbangsa India serta pakar perlembagaan persekutuan. Syed Akhbar menafikan hakim bersara terkenal Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai calon bagi jawatan itu. Beliau kemudiannya berkata pelantikan itu ditolak dengan alasan calon tersebut bukan orang Melayu atau tidak beragama Islam. Syed Akhbar berkata peguam negara yang baharu itu akan ditawarkan kontrak selama dua tahun dengan memberi tumpuan penuh kepada pembaharuan institusi. Pada Sabtu, portal berita Malaysia Insight melaporkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berdepan ketegangan dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan itu. Thomas tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu. Seorang hakim kanan yang telah bersara berkata perkara itu jauh lebih rumit berbanding dengan apa yang berlaku sekarang. "Seorang calon untuk kedudukan peguam negara mestilah pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan dengan pengalaman tidak kurang 15 tahun dalam amalan undang-undang," katanya.

May 2018

Memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara

PAKATAN HARAPAN May 10, 2018

Peguam Negara adalah penasihat undang- undang utama kepada kerajaan dan peranan ini perlu dikekalkan. Tetapi wujud konflik kepentingan apabila Peguam Negara juga berfungsi sebagai Pendakwa Raya kerana kerajaan adalah seperti “anak guam” kepada Peguam Negara. Adalah amat janggal apabila seorang peguam juga memegang kuasa mutlak untuk menentukan sama ada anak guamnya akan didakwa atau tidak. Pakatan Harapan berpegang dengan pandangan bahawa adalah lebih baik sekiranya jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya diasingkan agar konflik kepentingan boleh dihapuskan. Ini juga sesuai dengan amalan di negara-negara yang mengamalkan sistem Westminster seperti Malaysia. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil langkah segera untuk memisahkan tanggungjawab Peguam Negara daripada Pendakwa Raya. Peguam Negara akan dilantik dari kalangan ahli parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan. Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian. Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain yang demokrasinya lebih matang.