Reformasi Politik C00. REFORMASI POLITIK

C09. Mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan

PAKATAN HARAPAN MS63 May 10, 2018
Sedang Dijalani
May 2018

Cadangan reformasi institusi dikemuka kepada Kerajaan dua bulan lagi

Astro Awani May 16, 2018

Cadangan reformasi institusi utama di Malaysia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui Majlis Penasihat Kerajaan dalam tempoh dua bulan. Menurut Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.C. Vohrah antara institusi utama yang diberi perhatian termasuk Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia, dan agensi penguatkuasa seperti polis.

Cadangan itu bagi memastikan sistem semak dan imbang wujud dalam setiap institusi tersebut dan undang-undang sentiasa dipatuhi. “Kami akan senaraikan cadangan kepada kerajaan melalui Majlis Penasihat Kerajaan berkaitan reformasi beberapa institusi. “kami akan mengkaji kesemua undang-undang yang terlibat yang tidak selari dengan keabsahan undang-undang.” Katanya ketika siding media Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) di ibu negara hari ini. Jawatankuasa itu ditubuhkan pada Selasa oleh Majlis Penasihat Kerajaan bagi melihat kepada aspek reformasi institusi bertujuan melengkapi reformasi besar yang sedang dijalankan kerajaan baharu.

Sementara itu, salah seorang ahli IRC Datuk S.Ambiga berkata beberapa cadangan perubahan itu mungkin melibatkan pindaan perlembagaan. “Kemungkinan kita memerlukan sedikit pindaan perlembagaan, namun banyak cadangan reformasi itu nanti tidak melibatkan pindaan, hanya memerlukan perubahan struktur. “Kami akan cadangankan kepada kerajaan bahagian reformasi mana yang memerlukan pindaan perlembagaan.” Katanya. Selain itu IRC juga berkata akan meneliti kembali Akta Antiberita Tidak Benar. Turut hadir pada siding media itu adalah ahli lain Mah Weng Kwai, Datuk Mohamed Arshad Raji Professor Emeritus Prof Datuk Shad Saleem Faruqi.

Rujuk balik selepas 2 bulan

May 2018

Mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan

PAKATAN HARAPAN May 10, 2018

Institusi kehakiman dan perundangan adalah unsur penting dalam sistem semak imbang negara. Institusi ini mestilah bebas dan berintegriti, demi memastikan ia diyakini oleh rakyat. Tetapi UMNO dan Barisan Nasional semakin lama semakin tidak segan silu merobek kepercayaan rakyat terhadap institusi ini. Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan hakim-hakim dilakukan dengan berpaksikan kelayakan dan pengalamannya, tanpa dipengaruhi kepentingan politik. Kuasa Perdana Menteri mempengaruhi pelantikan hakim-hakim akan dielakkan agar tidak berlaku salah guna kuasa untuk menyelamatkan diri sendiri. Keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akab diputuskan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Keputusan pelantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya ini akan dilaksanakan setelah merujuk kepada kebijaksanaan dan budi bicara DYMM Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Gaji, elaun dan imbuhan yang diberikan kepada hakim-hakim, termasuklah hakim Mahkamah Syariah, akan dipastikan sesuai dengan tahap professionalisme mereka. Pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan melalui jalan belakang seperti yang diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, akan dihentikan serta merta. Untuk memastikan rakyat meyakini sepenuhnya integriti keputusan-keputusan yang diputuskan oleh mahkamah, satu peraturan akan diperkenalkan agar para hakim memberi penghakiman bertulis setiap kali keputusan kes diumumkan. Sekiranya perlu, maka penghakiman bertulis ringkas boleh dikeluarkan dahulu sebelum penghakiman bertulis yang penuh dihasilkan.