Reformasi Politik 0.REFORMASI POLITIK

C11. Memperkasa perkhidmatan awam

PAKATAN HARAPAN MS67 May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Ujian kecekapan bahasa Inggeris untuk penjawat tinggi awam

The Star June 06, 2018

Ujian kecekapan bahasa Inggeris akan dilaksanakan untuk penjawat tinggi awam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Bahasa Inggeris adalah penting dan mesti diamalkan oleh penjawat tinggi awam," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet pada Rabu. Dr Mahathir berkata, adalah mustahak bagi penjawat tinggi awam untuk menguasai bahasa Inggeris yang baik kerana mereka mempunyai mesyuarat di luar negara. Semasa sidang akhbar itu, Dr Mahathir juga menyebut bahawa kerajaan akan mengkaji pendidikan kokurikulum dari tadika ke peringkat universiti. Pasukan petugas yang terdiri daripada pakar bukan kerajaan akan dibentuk untuk melihat sistem pendidikan negara-negara antarabangsa untuk mencari jalan supaya Malaysia dapat memperbaiki sistem pendidikannya.

May 2018

Memperkasa perkhidmatan awam

Pakatan Harapan May 10, 2018

Sektor perkhidmatan awam adalah tulang belakang pelaksanaan dasar-dasar negara. Semua negara maju di dunia mempunyai sektor perkhidmatan awam yang dihormati, yang berfungsi secara professional untuk kebaikan rakyat. Justeru, sektor perkhidmatan awam mestilah diberi penghormatan yang sewajarnya agar mereka boleh menjalankan tanggungjawab dengan professional, tanpa tekanan atau ancaman. Pakatan Harapan mengiktiraf bahawa sektor perkhidmatan awam negara pernah di anggap sebagai sektor perkhidmatan awam yang terbaik di kalangan negara membangun dan di rantau ini. Kerajaan Pakatan Harapan akan meletakkan sektor perkhidmatan awam kembali ke tempat yang sewajarnya dengan memastikan para pegawai kerajaan tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Campurtangan mereka yang bukan ahli perkhidmatan kerajaan, seperti konsultan tempatan dan antarabangsa, dalam penggubalan dasar negara akan dihadkan. Kepercayaan dan penghormatan yang lebih tinggi akan diberikan kepada para pegawai kerajaan yang pastinya lebih arif mengenai selok belok urus tadbir kerajaan berbanding konsultan luar.

Suruhanjaya Pekhidmatan Awam akan diarahkan untuk mengenalpasti para pegawai kerajaan yang berbakat dan berpotensi untuk memainkan peranan lebih besar dalam pentadbiran negara dan negeri. Mereka ini akan diberi sokongan dan latihan yang diperlukan untuk membolehkan bakat mereka terus berkembang, dan kenaikan pangkat mereka dapat disegerakan. Kenaikan pangkat akan dilakukan berdasarkan prestasi perkhidmatan dan pengalaman. Semua proses ini akan dijadikan lebih telus agar warga perkhidmatan awam mempunyai peluang yang saksama untuk mendapatkan kenaikan pangkat dan gaji. Budaya kreatif dan kebolehan berfikir di luar kotak akan digalakkan, agar warga perkhidmatan awam boleh mempertajam kebolehan mereka dalam bidang masing-masing.