Reformasi Politik C00. REFORMASI POLITIK

C12. Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan (GLC) setaraf dengan piawaian antarabangsa

Belum Bermula
Jun 2018

Dr M: Pakatan govt GLC chiefs won’t be highly paid

Malay Mail June 29, 2018

JAKARTA, June 29 — The chief executives or directors of government-linked companies (GLCs) under the Pakatan Harapan (PH) government will be from among those who are truly professional and they will not be paid high salaries, Tun Dr Mahathir Mohamad said here. The prime minister said the previous (Barisan Nasional) government had put many political appointees in charge of GLCs although they lacked management capability and were paid high salaries. GLC chief executives or directors under the PH government would not be paid high salaries but they would be rewarded with a bonus if they performed well, he said. “We (the PH government) will look for professionals as far as possible; we will give preference to people who have experience in management,” he said to Malaysian journalists here. Dr Mahathir, who is on a two-day official visit to Indonesia, said 17,000 political appointments had been made by the previous BN government. “Generally, we found that these people were selected because they were party supporters but were inefficient and were paid high salaries. In the end, their management and projects failed. “The 17,000 political appointees by the previous government included some ambassadors who have no capabilities,” he said. — Bernama

May 2018

Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan (GLC) setaraf dengan piawaian antarabangsa

PAKATAN HARAPAN May 10, 2018

Syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) memainkan peranan yang amat besar dalam memperkembang ekonomi negara kita, baik di peringkat pusat, mahupun negeri. Ada GLC yang berfungsi dengan baik, terutamanya syarikat-syarikat yang termasuk dalam kumpulan “G20”, iaitu kumpulan 20 GLC yang berprestasi tinggi. Tetapi, masih terlalu banyak ketempangan yang wujud. Skandal 1MDB dan FELDA sahaja berpotensi memusnahkan banyak rekod positif syarikat-syarikat G20. Lebih memalukan ialah, bilangan sebenar GLC nasional dan GLC negeri tidak diketahui dengan tepat oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi, ramai kroni mereka yang terus meraih elaun hasil lantikan ke dalam GLC-GLC itu. Kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan pengamalan ekonomi campuran, dengan mengambil prinsip-prinsip sistem ekonomi pasaran sosial sebagai teras utama. Syarikat-syarikat GLC akan beroperasi dalam sektor yang mengalami kegagalan pasaran (market failure), dan bukan untuk bersaing secara tidak sihat dengan syarikat swasta. GLC akan diarahkan mendepani usaha mempertingkat pemilikan Bumiputera dalam ekonomi negara. Kerajaan Pakatan Harapan mahu menyaksikan lebih banyak pemimpin korporat Bumiputera yang mampu meneruskan perjuangan syarikat GLC dengan cara pembelian ekuiti oleh pihak pengurusan (management buy out). Ini akan menyumbang secara langsung ke arah peningkatan pemilikan Bumiputera. Tadbir urus syarikat-syarikat GLC baik di peringkat pusat mahupun negeri akan diperbaiki agar sumbangannya dipertingkatkan. Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan professional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka. Untuk menghapuskan konflik kepentingan, bayaran elaun kepada semua ahli lembaga pengarah syarikat GLC nasional dan negeri akan diterbitkan setiap tahun dalam format yang mudah disemak oleh rakyat. Semua syarikat GLC akan mewujudkan program khas pembangunan vendor Bumiputera. Kerajaan Pakatan Harapan akan menerima pakai piawaian antarabangsa, seperti Garispanduan OECD Mengenai Tadbir Urus Syarikat Milik Kerajaan, dalam rangka memperbaiki keseluruhan tadbir urus GLC. Sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen akan ditubuhkan untuk menerima laporan secara berkala daripada Bahagian Pelaburan Kerajaan Kementerian Kewangan mengenai prestasi GLC-GLC dalam negara.