Reformasi Politik C00. REFORMASI POLITIK

C14. Menghidupkan semangat sebenar konsep federalisme

PAKATAN HARAPAN May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Pusat jamin peruntukan adil kepada negeri, kata Wan Azizah

Free Malaysia Today June 07, 2018

Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan menyalurkan peruntukan kepada kerajaan negeri secara adil dengan mengambil kira kemampuan kewangan setiap negeri. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata polisi kerajaan persekutuan itu dinyatakan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wakil kerajaan negeri pada mesyuarat Majlis Kewangan Negara, hari ini. “Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan persekutuan mestilah adil. “Sesetengah negeri yang kaya boleh menampung (perbelanjaan) berbanding negeri yang miskin yang sepatutnya mendapat lebih lagi peruntukan,” katanya selepas mesyuarat itu. Wan Azizah berkata kerajaan persekutuan juga mengamalkan polisi adil kepada kerajaan negeri yang diterajui pembangkang. “Walaupun tidak bersama dengan kerajaan persekutuan, (peruntukan) akan disalurkan, tetapi mestilah (akhirnya sampai) kepada rakyat tanpa mengira parti,” katanya.

May 2018

Menghidupkan semangat sebenar konsep federalisme

PAKATAN HARAPAN May 10, 2018

Malaysia adalah negara persekutuan yang mengamalkan konsep federalisme. Tetapi, konsep ini terlalu banyak dirobek oleh pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional yang rakus merampas kuasa negeri- negeri ke peringkat pusat. Pakatan Harapan akan menghidupkan semula konsep federalisme yang sebenar. Kami mempunyai janji- janji khas untuk Sabah dan Sarawak, iaitu seperti yang digariskan pada bab selepas ini. Pada waktu yang sama, kami juga akan menghidupkan semangat federalisme tulin di semua negeri. Pembahagian hak dan tanggungjawab seperti yang tersenarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan akan dihormati, dan perubahan Jadual Kesembilan untuk menambah kuasa kerajaan pusat akan diminimumkan. Kuasa negeri-negeri akan diperkukuhkan dengan menurunkan beberapa kuasa yang sesuai kepada negeri, seperti kuasa untuk pentadbiran pengangkutan, kebajikan, perkhidmatan sosial, pertanian dan perlindungan alam sekitar. Untuk membiayai kuasa negeri yang dipulangkan ini, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada hasil cukai pendapatan akan dipulangkan kepada negeri-negeri tempat pembayar cukai bermastautin.