Reformasi Politik C00. REFORMASI POLITIK

C15. Memperkukuh peranan dan kuasa pihak berkuasa tempatan

May 10, 2018
Belum Bermula
May 2018

Memperkukuh peranan dan kuasa pihak berkuasa tempatan

May 10, 2018

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis- Majlis Perbandaran, adalah pihak berkuasa yang paling dekat dengan rakyat. Peranan PBT berpotensi dikembangkan agar rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dengan lebih pantas. Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan PBT seluruh negara boleh mencapai piawaian perkhidmatan antarabangsa dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Agenda global seperti Sustainable Development Goals 2030 akan dijadikan teras dalam penambahbaikan PBT seluruh negara. Pakatan Harapan komited untuk memperkukuhkan demokrasi setempat. Akauntabiliti PBT kepada masyarakat setempat akan dipertingkatkan agar mereka menjadi lebih bertanggungjawab kepada penduduk setempat dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan dipinda untuk memastikan hasrat ini tercapai. Pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil setempat akan diberi tempat untuk menyuarakan pandangan mereka secara terus dalam PBT.