Reformasi Politik C00. REFORMASI POLITIK

C18. Membina generasi muda yang kreatif dan bebas daripada cengkaman kezaliman

May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Menteri gesa IPTA jangan halang program ilmiah

Free Malaysia Today June 06, 2018

Kementerian Pendidikan hari ini menggesa semua Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia terbuka dan tidak menghalang program ilmiah yang dianjurkan mahasiswa. Menteri Maszlee Malik mahu IPTA menjadi medan intelektual terbuka dan setaraf dengan negara maju. “Kita tidak mahu lagi ada sekatan terhadap program-program ilmiah, debat, forum dan wacana-wacana. “Kita inginkan suasana universiti di Malaysia seperti universiti di negara maju seperti Havard, Oxfard dan Cambridge. Pertukaran idea bebas berlaku,” katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1). Maszlee juga berkata mulai hari ini, universiti awam tidak boleh lagi menghadkan kemasukan kenderaan peserta wacana, debat atau forum.

“Kita mahu banyak wacana, debat dan forum di univeristi tanpa sekatan seperti yang dilakukan dulu,” katanya. Maszlee mengingatkan walaupun tiada tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap universiti yang tidak mematuhi arahan itu, tetapi “sudah tentu akan dikritik oleh warga universiti itu sendiri”.