Reformasi Politik C00. REFORMASI POLITIK

C19. Meningkatkan ketelusan dan integriti belanjawan dan proses belanjawan

PAKATAN HARAPAN MS79 May 10, 2018
Sedang Dijalani
May 2018

SIARAN MEDIA: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA - FAKTA MENGENAI LIABILITI RM 1 TRILLION KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA May 25, 2018

Mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah mengkritik siaran kerajaan yang hutang negara sekarang telah mencecah RM1 trillion. Beliau berkata “ini akan menjejaskan pasaran kewangan, agensi penarafan kredit dan keyakinan pelabur ke atas institusi-institusi negara seperti Bank Negara Malaysia.” Kami ingin menegaskan pemerintah baru akan mentadbir berdasarkan konsep Competency, Accountability and Transparency (CAT). Kami ingin menentukan keadaan sebenar mengenai kewangan kerajaan, mengenalpasti masalah yang wujud dan kemudian menyelesaikannya. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menerangkan lagi liabiliti kerajaan yang bernilai RM1 trillion pada 31 Disember 2017 yang disiarkan sebelum ini. 1. Hutang rasmi kerajaan persekutuan adalah RM686.8 billion (50.8% daripada KDNK) 2. Tambahan lagi, kerajaan berkomited untuk membayar jaminan kerajaan ke atas pelbagai badan yang tidak mampu menservis hutang-hutang mereka yang sedia ada. Hutang-hutang yang dikenali sebagai “committed government guarantees” ini berjumlah RM199.1 billion (14.6% daripada KDNK) dan ianya terdiri daripada pelbagai organisasi termasuk Danainfra Nasional Bhd (RM42.2 billion), Govco Holdings Bhd (RM8.8 billion), Prasarana Malaysia Bhd (RM26.6 billion), Malaysia Rail-Link Sdn Bhd (RM14.5 billion) dan RM38 billion dianggarkan untuk 1MDB.1

Berdasarkan dua perkara di atas, hutang kerajaan persekutuan adalah RM885.9 billion. Ini merupakan 65.4% daripada KDNK seperti yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. 3. Kerajaan persekutuan komited dan bertanggungjawab untuk membuat lease payment (termasuk sewa, fi penyelenggaraan dan bayaran lain) untuk kesemua senarai “Public Private Partnership” (PPP or Kerjasama Awam Swasta) yang melibatkan pembinaan sekolah, hostel, jalanraya, stesen polis, hospital dan lain-lain. Komitmen ini yang bernilai RM201.4 billion (14.9% daripada KNDK) dibuat untuk mengelak daripada dilabelkan sebagai jaminan atau hutang kerajaan.^1 ——————————————————————— ^1. Jumlah ini tidak termasuk jaminan kerajaan yang dimiliki badan yang mampu menservis hutang-hutang mereka seperti Khazanah Nasional Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan MIDF.

Oleh itu, hutang dan liabiliti kerajaan persekutuan berjumlah RM1,087.3 billion (80.3% daripada KDNK) pada 31 Disember 2017. Saya ini menegaskan bahawa obligasi dan komitmen kewangan kerajaan persekutuan sebelum dan selepas Mei 9 tidak berubah. Apa yang berubah adalah perdirian kerajaan persekutuan yang baru mahu berterus terang kepada rakyat Malaysia. Di dalam masa yang terdekat, keputusan untuk berterus terang mungkin akan merunsingkan Dato’ Seri Najib Razak. Walau apapun, kami percaya keadaan sebenar paras hutang-hutang kerajaan harus dipastikan sebelum keadaan kewangan kerajaan dipertingkatkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Ketua Setiausaha Penbendaharaan Datuk Siti Zauyah Md Desa kerana menunjukkan tahap professionalisme yang tinggi dengan menerangkan segala fakta yang berkaitan. Beliau melakukan ini tanpa sebarang campur tangan luar. Setelah berbincang dengan pasukan Perbendaharaan di dalam beberapa hari lepas, saya yakin segala cabaran yang ada akan dapat diatasi dengan baik. Saya juga ingin menegaskan keadaan ekonomi Malaysia sekarang kukuh. Sektor kewangan stabil, sektor perbankan dipermodalkan dengan baik dan kecairan di pasaran adalah mencukupi. Saya percaya pentadbiran baharu yang fokus pada konsep CAT akan boleh mengukuhkan keyakinan pelabur. Dengan sokongan semua rakyat Malaysia, kita akan dapat membina semula negara kita yang tercinta. YB Lim Guan Eng Menteri Kewangan Putrajaya 24 Mei 2018

May 2018

Meningkatkan ketelusan dan integriti belanjawan dan proses belanjawan

Pakatan Harapan May 10, 2018

Kerajaan Pakatan Harapan akan memperbaiki ketelusan pentadbiran kewangan negara dan melaksanakan belanjawan yang lebih bertanggungjawab. Kami akan mengambil kira syor daripada badan antarabangsa, seperti International Budget Partnership untuk menambah baik proses penyediaan Belanjawan Negara. Kementerian Kewangan akan diarahkan menyediakan laporan pertengahan penggal untuk membolehkan ahli-ahli parimen menilai prestasi pengurusan kewangan negara secara telus. Kami akan melaksanakan sistem perakaunan akrual (accrual accounting) supaya perbelanjaan kerajaan diatur dengan baik.

Oleh kerana terlalu banyak maklumat disembunyikan oleh UMNO dan Barisan Nasional, maka kerajaan Pakatan Harapan akan menjalankan siasatan forensik yang menyeluruh dalam tahun pertama pentadbiran kami untuk mengenal pasti kedudukan sebenar kewangan negara. Maklumat ini akan dikongsi dengan rakyat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Untuk memastikan pelbagai pihak, terutamanya badan-badan bukan kerajaan, mampu memainkan peranan untuk menyemak imbang kerajaan Pakatan Harapan, maka Jabatan Statistik Negara akan diarah untuk menerbitkan data-data penting tentang ekonomi dan sosial secara berkala, dalam format yang mudah dianalisa dan mudah diakses. Untuk memastikan rakyat meyakini integriti dan kesahihan data yang diterbitkan, maka satu panel pakar yang dianggotai oleh individu- individu yang dihormati akan dibentuk untuk menasihati Jabatan Statistik Negara. Semua ini akan memastikan bahawa rakyat secara keseluruhannya boleh memastikan kami sentiasa telus dan bertanggungjawab.