Komuniti YOUTH

Memastikan akses internet berkelajuan tinggi ke semua pekan dan kampung di seluruh negara.

May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jul 2018

Ministries to collaborate on rural internet penetration

Malay Mail July 09, 2018

Jun 2018

Akses internet jadi hak asasi yang dijamin Perlembagaan

Berita Harian June 12, 2018

Kementerian Komunikasi dan Multimedia mahu hak mendapatkan akses kepada internet sebagai satu daripada hak asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, cadangan itu akan dibawa beliau ke Kabinet dalam masa terdekat bagi memastikan semua rakyat memperoleh akses kepada Internet untuk mendapatkan maklumat. "Kita ada undang-undang Malaysia dan dalam Perlembagaan Persekutuan memang ada disebut hak-hak tertentu malah, ia ditakrifkan agak meluaskan. "Justeru, saya akan mencadangkan perkara ini kepada kerajaan dan kita boleh memasukkan hak kepada setiap rakyat untuk akses kepada internet," katanya kepada media pada lawatan kerjanya ke Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini, hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat aduan diterima yang menyatakan mereka tidak mendapat akses kepada internet terutama di kawasan agak terpencil. "Pada saya ini menjadi antara perkara penting kerana kita bawakan hak kebebasan internet ini. "Jika ia menjadi hak asasi yang dijamin di bawah perlembagaan, maka setiap kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu melakukan usaha tertentu untuk membawa internet secara meluas di seluruh negara," katanya. Mengulas lanjut, Gobind berkata, buat masa ini belum ada akta khusus berhubung hak mendapatkan akses kepada Internet. "Saya nak berbincang perkara ini di Kabinet dulu dan jika mencapai satu persetujuan, selepas itu akan dibawa kepada ahli Parlimen lain. "Bagi saya, ini perkara yang membawa manfaat untuk semua rakyat dan ia tidak membabitkan isu politik tetapi usaha dalam memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat akses kepada Internet," katanya. Sementara itu, beliau berkata, pada masa ini, proses perbincangan dengan syarikat komunikasi masih berjalan dalam memastikan hak mendapatkan akses Internet dinikmati oleh rakyat dengan kos rendah selain kelajuan yang tinggi.

Sementar menunggu kertas cadangan dalam Kabinet