Komuniti YOUTH

Memperkenalkan kad pengangkutan awam bulanan bernilai RM100 dengan penggunaan tanpa had untuk apa sahaja bentuk pengangkutan awam intra-bandar di Lembah Kelang dan di semua bandar di Malaysia.

May 10, 2018
Dipenuhi
Nov 2018

Pas bulanan pengangkutan awam RM100

Berita Harian November 02, 2018

KUALA LUMPUR: Meskipun dihimpit kekangan kewangan, kerajaan bertekad memperkenalkan pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata peruntukan RM240 juta disediakan bagi matlamat berkenaan, seiring usaha kerajaan dalam meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam. Selain itu, katanya, pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL yang ketika ini terkenal sebagai hab penghubung antara kemudahan perkhidmatan rel dan lokasi setempat. “Kempen (pas bulanan) ini akan diperluaskan bagi meliputi syarikat bas lain secara berperingkat. “Kerajaan percaya peruntukan ini berupaya meningkatkan pendapatan boleh guna isu rumah beberapa ratus ringgit sebulan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.