Komuniti YOUTH

Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Universiti awam kini bebas anjur program ilmiah, kata menteri

The Malaysian Insight June 08, 2018

SEMUA Universiti Awam (UA) kini bebas menganjurkan program ilmiah seperti debat, forum dan wacana intelek sepertimana amalan di universiti terkemuka dunia yang lain, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. Beliau berkata arahan tersebut berkuat kuasa serta merta dan semua pentadbir UA diminta menyahut seruan tersebut atas semangat menjadikan universiti sebagai medan percambahan ilmu. "Saya minta naib canselor dan timbalan naib anselor hal ehwal pelajar mematuhi arahan ini dan memastikan tiada lagi sebarang halangan kepada program seumpama itu selepas ini. "Perkara ini perlu diselaraskan oleh semua universiti, di mana pemantauan terhadap pematuhannya akan dibuat kementerian," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (1) di Putrajaya, hari ini. Selaku individu yang pernah melalui pengalaman dihalang daripada menyertai program sedemikian sebelum ini, Maszlee berkata keputusan kementerian itu adalah sebagai membawa inspirasi mahasiswa yang mahu melihat universiti bebas daripada sebarang kekangan terutama dalam hal berkaitan perkongsian intelek. Bagi mewujudkan persekitaran mesra ilmu, kementerian juga mengarahkan UA untuk tidak meletakkan palang di pintu utama bagi menghalang kemasukan kenderaan dan orang awam sepertimana amalan sebelum ini, katanya. Ditanya apakah akan ada tindakan jika universiti mengingkari arahan itu, beliau berkata walaupun ia bukan satu undang-undang tetapi tindakan sedemikian pastinya akan mengundang kritikan warga universiti. Dalam pada itu, Maszlee berkata kementerian memberi kuasa kepada guru besar dan guru-guru untuk menyelesaikan masalah berkaitan beg sekolah berat. "Walaupun kementerian telah menubuhkan jawatankuasa bagi menangani isu itu, pemberian kuasa kepada guru dalam menyelesaikan isu tersebut boleh dianggap sebagai hadiah kepada ibu bapa dan murid," katanya. – Bernama, 6 Jun, 2018.

May 2018

Kerajaan kotakan janji, mansuh AUKU

Berita Harian May 22, 2018

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan pelbagai akta mengongkong kebebasan pelajar dan pensyarah seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, satu akta baharu akan digubal untuk melicinkan pentadbiran bagi menggantikan akta berkenaan. Beliau berkata, akta baharu itu memberi kebebasan kepada pelajar dan pensyarah untuk bersuara tanpa kongkongan seperti sekarang. Bagaimanapun katanya, mekanisme akta berkenaan akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. "AUKU akan dimansuhkah, begitu juga akta lain yang mengongkong siswa dan ahli akademik bersuara dan memberikan idea bernas bagi meningkatkan kualiti akademik demi kepentingan universiti dan negara.