Komuniti YOUTH

E02-05 & YOUTH: Memperluas aliran TVET dengan lebih tersusun, bermula dengan memperkembangkan aliran German Dual Vocational Training (GDVT) ke seluruh negara. Melalui skim ini, syarikat-syarikat akan diberi bayaran untuk menjalankan latihan-dalam-pekerjaan bagi penuntut aliran TVET agar lebih ramai anak muda mendapat faedah.

May 10, 2018
Sedang Dijalani
Jul 2018

Dr Maszlee janji jadikan TVET pilihan utama pelajar

Sinar Harian July 24, 2018

Kementerian Pendidikan akan berusaha ke arah menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam tempoh lima tahun akan datang. Menterinya, Dr Maszlee Malik berjanji mencapai matlamat tersebut dalam tempoh lima tahun, dan berharap ini berjaya melalui kerjasama dengan pemain industri dan pakar TVET. Beliau berkata, TVET adalah antara elemen yang perlu dan penting dalam membentuk asas melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi serta mengukuhkan potensi negara bagi pertumbuhan masa depan. “TVET memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat terhadap pembangunan yang seimbang, mengurangkan kemiskinan serta ke arah kemakmuran ekonomi. “Kemahiran TVET tidak lagi dilihat sebagai pengkhususan kelas dua,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam sempena berlangsungnya Forum Pakar TVET Asia (ATEF) 2018 di sini hari ini. Pada masa ini, Malaysia mempunyai kira-kira 28 peratus pekerja mahir dan menyasarkan untuk meningkatkan bilangan tersebut kepada 35 peratus menjelang 2020, katanya. Maszlee berkata, pembangunan modal insan berkemahiran tinggi adalah sangat penting bagi membantu Malaysia melonjak ke arah aktiviti nilai tambah lebih tinggi dan pengetahuan intensif dalam kalangan negara maju. “Kerjasama antara pihak swasta dan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan membantu menaikkan kualiti graduan TVET. “Malah, UTHM telah membuktikan TVET bukan hanya terpakai untuk pendidikan lebih rendah, sebaliknya diterapkan dalam program PhD melalui sistem Dwi-latihan Nasional dengan kerjasama Universiti Bremen Jerman,” katanya. Mengenai forum dua hari itu bermula hari ini, Maszlee menggesa 73 pakar tempatan dan asing untuk menangani beberapa isu dan perubahan global yang mempengaruhi perkembangan TVET. Isu-isu itu antara lain adalah untuk mengukuhkan tadbir urus TVET untuk pengurusan lebih baik bagi pihak swasta dan awam, menggalak dan memperluaskan kecekapan kos serta meningkatkan kualiti dan penyampaian program TVET bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan bidang berkenaan. “Saya percaya, jika semua isu ini dapat ditangani dengan betul, TVET akan menjadi program pilihan kepada khalayak,” katanya. Pada majlis itu, Maszlee turut menyaksikan sesi menandatangani 12 memorandum persefahaman dengan pemain industri tempatan dan asing bagi meningkatkan kerjasama antarabangsa mengenai TVET. Bertemakan ‘Pelaksanaan Menyeluruh TVET Untuk Revolusi Industri 4.0’, ATEF 2018 menjadi platform untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan TVET dalam pendidikan tinggi. - Bernama

Jun 2018

Kerajaan sedang berusaha untuk memperbaharui TVET di Malaysia

The Edge Markets June 25, 2018

Kerajaan Pakatan Harapan telah meningkatkan usaha untuk memperbaharui Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal (TVET) di Malaysia, bermula dengan penglibatan dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat. Hari ini, Naib Presiden PKR dan pengerusi pasukan petugas TVET Nurul Izzah Anwar dan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berunding dengan wakil-wakil dari pertubuhan masyarakat sivil Gabungan Bertindak Malaysia atas pandangan mereka untuk menyelaraskan dan menyusun semula fungsi TVET di negara ini. "Terdapat kira-kira tujuh kementerian yang terlibat dalam latihan TVET. Harus ada berhenti untuk bertindih pelbagai [fungsi] TVET di negara ini, di mana kita menghabiskan hampir RM4.5 bilion setiap tahun. "Terdapat juga isu penggunaan TVET yang tidak digunakan, kerana terdapat kekosongan jawatan sebanyak 30% di kebanyakan institusi TVET," katanya. Kula Segaran berkata Kementeriannya, yang mempunyai TVET paling banyak di negara ini, akan membantu Nurul Izzah dalam proses pembaharuan. "Kami mahu ekonomi skala, [dan] mesti ada pulangan atas wang yang dibelanjakan. Pada masa ini terdapat kurang penggunaan fungsi TVET. Kami mahu mencontohi sistem TVET Jerman, di mana seorang pelajar TVET boleh terus menjadi pemegang PhD. Kini di Malaysia, itu tidak mungkin kerana ia melibatkan dua institusi, institusi pendidikan dan TVET, "katanya. Nurul Izzah berkata beliau akan mengkaji laporan tentang pembaharuan sistem TVET yang telah dilakukan sebelum ini, termasuk oleh Unit Penyampaian Pengurusan Prestasi dan Boston Consulting Group. "Saya percaya apa pun yang kita buat untuk proses pembaharuan, usaha wajar perlu dilakukan terlebih dahulu, dan kita tidak boleh melakukan perkara tanpa terlibat dengan pihak berkepentingan. Kajian sebelumnya tidak boleh diabaikan sama ada. "Kami mahu menjadikan TVET berasaskan permintaan dan didorong oleh industri," katanya.

Jun 2018

Nurul Izzah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

Sinar Harian June 21, 2018

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) yang akan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar. Menurutnya, jawatankuasa itu berperanan menyediakan laporan untuk memperkasakan dan menaiktaraf TVET. "Nurul Izzah merupakan seorang yang mengambil berat mengenai pendidikan TVET dan telah berbincang dengan saya bagaimana TVET dapat membantu golongan muda merebut peluang pekerjaan dan juga keusahawanan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan Tinggi, hari ini. Maszlee berkata, kerajaan sedar akan pentingnya aliran teknikal dan vokasional selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan (Harapan) untuk membangunkan aliran ini agar benar-benar setaraf dengan aliran lain dan bukan lagi sebagai pilihan kedua. Sementara itu, Nurul Izzah ketika ditemui berkata, skop TVET mempunyai banyak potensi dan berpuluh bilion ringgit telah dibelanjakan dari tahun ke tahun untuk mengangkat dan menambah penglibatan pelajar dalam bidang TVET yang dipandang tinggi seperti di negara Jerman. Menurutnya, beliau mengambil kira mungkin terdapat kelompok lompongan yang wujud walaupun ini perkara biasa. "Kita dengar kontroversi 5,000 pelajar yang tidak mendapat penempatan, jadi kita perbaiki untuk akhirnya melahirkan satu semangat baharu di mana TVET atau sijil yang berkait dengan TVET dipandang setinggi mereka yang pegang ijazah sarjana muda,” katanya.