Kos Kehidupan B09. KESIHATAN

B09-01: Memastikan peruntukan kewangan bagi Kementerian Kesihatan dinaikkan kepada 4 peratus daripada KDNK

May 10, 2018
Sedang Dijalani
Nov 2018

Belanjawan 2019: Kementerian Kesihatan catat sejarah

Sinar Harian November 02, 2018

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peruntukan RM29 bilion dalam Belanjawan 2019 adalah yang tertinggi pernah diterima Kementerian Kesihatan sepanjang sejarah belanjawan negara. Sehubungan itu, katanya, kementerian akan menggunakan peruntukan berkenaan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat khususnya kepada penduduk di kawasan luar bandar dan golongan miskin bandar. Beliau berkata peruntukan itu, yang meningkat sebanyak 7.8 peratus berbanding RM26.5 bilion dalam Bajet 2018, akan membantu mengubah fokus dalam sektor penjagaan kesihatan iaitu daripada penyembuhan kepada pencegahan. “Ia juga akan membawa penjagaan kesihatan primer dari hospital kembali kepada komuniti, rumah pesakit dan individu,” katanya dalam catatan di laman Facebook susulan pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini. Bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’, Belanjawan 2019 menyedia peruntukan berjumlah RM314.5 bilion iaitu RM259.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 boleh mempertingkat perlindungan kesihatan untuk rakyat Malaysia yang memerlukan selain menambah baik perkhidmatan kesihatan awam sedia ada. Semasa membentangkan Belanjawan 2019, Lim berkata dana perlindungan itu diperkenalkan untuk golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) mulai Januari 2019 dalam usaha memperkukuh jaringan perlindungan kesihatan mereka. Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (IMEDIK) Prof Dr Azizi Ayob pula berkata Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 wajar diperkenalkan untuk golongan berkenaan namun skop perlindungannya harus diperluaskan kepada golongan M40. “Bagi golongan berpendapatan sederhana atau M40, difahamkan masih ramai yang belum mempunyai insurans kesihatan untuk diri dan anggota keluarga mereka,” katanya. Beliau turut meminta kerajaan supaya mengkaji dana itu agar perlindungan boleh diberikan kepada lebih banyak penyakit kritikal. - Bernama

GDP in 2018 is expected to be RM1,230bil, budget allocation for MOF in Budget 2018 was RM26.58bil (2.16% of total GDP); GDP in 2019 is forecasted to be RM1,290bil, budget allocation for MOF in Budget 2019 was RM28.68bil (2.22% of total GDP); by comparison it is merely a 0.06% increase in the budget allocation with respect to the total GDP, not yet as promised 4% of the GDP in the manifesto

Jun 2018

Majlis Penasihat Kesihatan: Kertas Kabinet minggu depan

Berita Harian June 05, 2018

"Kita akan memilih yang paling baik dalam kalangan terbaik. Majlis itu akan berperanan membantu kerajaan merangka hala tuju baharu memperkasa Kementerian Kesihatan ke arah kelas dunia, sekali gus menambah baik perkhidmatan kesihatan. "Mereka akan bekerjasama dengan tenaga pakar sedia ada di kementerian dalam menangani sebarang isu sebelum mencadangkan penyelesaian terbaik kepada kerajaan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini. Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, warga Kementerian Kesihatan perlu proaktif menangani permasalahan mendesak dalam operasi perkhidmatan kesihatan di negara ini, termasuk tempoh menunggu lama untuk pesakit bertemu doktor, khususnya pakar perubatan.

"Selain itu, tempoh menunggu lama untuk keputusan suatu siasatan mengenai kes kesihatan; bekalan ubat-ubatan terganggu; kesesakan di kemudahan kesihatan; dan peningkatan kos penjagaan kesihatan, terutama dalam sektor swasta," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Rakyat, dan peranannya dioptimumkan dengan penempatan lebih ramai doktor untuk meningkatkan keupayaan operasi. "Penempatan lebih ramai doktor di Klinik Rakyat tidak menjadi masalah kerana kita menghasilkan kira-kira 5,000 doktor setiap tahun, cuma fasiliti untuk menempatkan mereka kurang," katanya. Beliau juga optimis peruntukan bagi sektor kesihatan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa selaras kemampuan kerajaan dan tuntutan semasa. Katanya, kementerian memerlukan peruntukan lebih tinggi bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dapat terus diperkasakan. "Dalam tempoh lima tahun ini, diharap sektor kesihatan dapat menyumbangkan sekurang-kurang enam hingga tujuh peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya. Mengenai penangguhan sementara pelaksanaan Skim Peduli Sihat membabitkan cadangan pemberian RM500 pembiayaan rawatan asas di klinik swasta berdaftar bagi golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), katanya, perkara itu diharap dapat dimasukkan dalam peruntukan Bajet 2019.