Kos Kehidupan B05. ANAK MUDA

B05-03: (PTPTN) Melanjutkan tempoh mula bayar hanya apabila pendapatan bulanan kasar mencapai RM4,000 sebulan

May 10, 2018
Dipenuhi
Jul 2018

The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) will permit borrowers with salaries below RM4,000 a month to defer repaying their study loans.

Malay Mail July 16, 2018

The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) will permit borrowers with salaries below RM4,000 a month to defer repaying their study loans. PTPTN chairman Wan Saiful Wan Jan confirmed this during a media briefing today. “In line with the 100-day pledge of the PH (Pakatan Harapan) manifesto, PTPTN will allow deferment of repayment for borrowers earning less than RM4,000 per month. “The date of the implementation of this move will be made known later,” he said.

May 2018

PTPTN jadi keutamaan Kementerian Pendidikan

Sinar Harian May 22, 2018

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, ini kerana, ia merupakan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan). Katanya, perkara itu akan menjadi antara fokus utama dalam jawatan kuasa khas diketuai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan yang akan dibentuk dalam tempoh terdekat ini. “Kita akan melihat isu itu secara komprehensif dan holistik bagi merealisasikan janji tersebut. Selagi gaji belum mencecah RM4,000, mereka tidak perlu bayar (PTPTN). Kita tidak tetapkan tempoh-tempoh tertentu. Namun, jika mereka tetap ingin membayarnya, kita amat alu-alukan. “Kita juga akan berhubung dengan pihak Imigresen untuk tamatkan sekatan peminjam ke luar negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah-Terima Tugas Mantan Menteri Pendidikan kepada Menteri Pendidikan, di sini, hari ini. Ditanya bagaimana modal pusingan PTPTN untuk disalurkan kepada pelajar baru sekiranya peminjam tidak membayarnya, Maszlee yakin peminjam sedia ada akan melunaskan pinjaman tersebut. “Sebelum ini, peminjam sedia ada tidak membayar disebabkan tekanan ekonomi dan keadaan ekonomi negara yang tidak berapa baik. “Bila ekonomi pulih dengan komitmen Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukannya, saya yakin tiada alasan bagi peminjam sedia ada untuk tidak membayarnya,” katanya. Dalam pada itu, Maszlee berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bakal dimansuhkan dan bakal digantikan akta baharu yang mengambil kira isu-isu tadbir urus institusi pengajian tinggi. Pada masa sama, beliau juga akan meneruskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi dengan beberapa penambahbaikan. Pada majlis itu, bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menyerahkan tugas kepada Maszlee. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi kini bergabung di bawah satu pentadbiran setelah dipisahkan pada 2015 apabila berlaku rombakan menteri Kabinet.