Lain-Lain Komunikasi

Memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018

Malaysiakini May 22, 2018
Sedang Dijalani
Aug 2018

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuh

Berita Harian August 08, 2018

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan pada 11 April tahun lalu dicadang untuk dimansuhkan. Rang Undang-undang (RUU) memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 dibacakan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, di Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan RUU itu, pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar tidak menjejaskan apa-apa perintah yang dibuat mengikut akta itu sebelum tarikh dikuatkuasakan. Akta itu mentakrif ‘berita tidak benar’ termasuk apa-apa berita, maklumat, data dan laporan yang bahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea. Kesalahan yang termaktub mengikut Seksyen 4 Akta 803 ialah mengadakan, menawarkan, menerbitkan, dan sebagainya, berita tidak benar atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar. Jika sabit kesalahan mengikut seksyen itu, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Jun 2018

PM: Akta Anti Berita Tidak Benar Akan Dimansuhkan

Malay Mail June 07, 2018

PUTRAJAYA, 6 Jun - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pemansuhan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Akta Anti Berita Tidak Benar. "Kami akan memansuhkan sepenuhnya GST dan Akta Anti Berita Palsu apabila Parlimen diadakan pada bulan Julai," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di sini. Beliau berkata pindaan kepada beberapa akta sedia ada yang lain akan dibentangkan di Parlimen dan beliau akan mengumumkannya pada masa akan datang. Dr Mahathir berkata kerajaan telah membuat janji pilihan untuk menghapuskan Akta Anti Berita Tidak Benar yang diwartakan hanya dua bulan yang lalu dan sekarang telah membuat janji. "Penghapusan Akta ini akan dikaji dan dibahaskan oleh anggota Parlimen dengan niat untuk menghapuskan undang-undang yang drakonian ini," katanya.

May 2018

Usul pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar ke Parlimen

Berita Harian May 28, 2018

Usul untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka akan dibentangkan ke Parlimen pada sidang pertama Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 25 Jun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, kementeriannya sedang dalam proses menyediakan dokumentasi dan proses pemansuhan itu akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk dilengkapkan.