Lain-Lain Pembangunan

Menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menjalankan kajian mengenai pemerolehan dan pembangunan semula zon perumahan di kawasan Highland Towers

Malaysiakini June 5, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Kerajaan kaji pembangunan kawasan Highland Towers

Malaysiakini June 05, 2018

Putrajaya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menjalankan kajian mengenai pemerolehan dan pembangunan semula zon perumahan di kawasan Highland Towers. Pada tahun 1993, Blok 1 Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dan mengorbankan 48 nyawa. Dua blok yang tinggal masih kosong sehingga hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Zuraida Kamaruddin, Putrajaya juga akan menyiasat semula tragedi berkenaan dan kejadian-kejadian serupa. "Ini untuk memastikan pembangunan, terutama di lereng bukit, akan tertakluk kepada peraturan yang lebih ketat," katanya.