Reformasi Politik C13. PEROLEHAN BERINTEGRITI

C13-09: Penjawat awam dilarang memegang lebih 5 jawatan dalam syarikat berbeza bagi mengelakkan penyelewengan dalam pemberian kontrak.

Free Malaysia Today June 8, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Kerajaan melarang penjawat awam memegang lebih 5 jawatan dalam syarikat berbeza bagi mengelakkan penyelewengan dalam pemberian kontrak.

Free Malaysia Today June 08, 2018

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan ada di kalangan pegawai kerajaan yang memegang sehingga 68 jawatan dalam pelbagai syarikat. Sehubungan itu, perdana menteri berkata, kerajaan melarang penjawat awam memegang lebih 5 jawatan dalam syarikat berbeza bagi mengelakkan penyelewengan dalam pemberian kontrak. “Kadang-kadang seseorang pegawai memegang sehingga 68 jawatan dalam pelbagai syarikat dan ini juga akan dikurangkan mengikut keperluan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah di Perdana Putra, hari ini. “Kita tidak akan beri lebih daripada 5 (jawatan) dan kita tak galak ada pegawai memegang 2 atau 3 jawatan, sepatutnya 1 jawatan sahaja, tapi kita tak dapat elak sesetengah pegawai yang perlu pegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).”