Reformasi Politik C14. Federalisme

C14-02: Kuasa negeri-negeri akan diperkukuhkan dengan menurunkan beberapa kuasa yang sesuai kepada negeri, seperti kuasa untuk pentadbiran pengangkutan, kebajikan, perkhidmatan sosial, pertanian dan perlindungan alam sekitar

Pakatan June 10, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Pusat jamin peruntukan adil kepada negeri, kata Wan Azizah

Free Malaysia Today June 07, 2018

Pusat jamin peruntukan adil kepada negeri, kata Wan Azizah. Timbalan perdana menteri berkata polisi kerajaan persekutuan itu dinyatakan sendiri Dr Mahathir Mohamad kepada wakil kerajaan negeri pada mesyuarat Majlis Kewangan Negara hari ini.

Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan menyalurkan peruntukan kepada kerajaan negeri secara adil dengan mengambil kira kemampuan kewangan setiap negeri. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata polisi kerajaan persekutuan itu dinyatakan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wakil kerajaan negeri pada mesyuarat Majlis Kewangan Negara, hari ini. “Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan persekutuan mestilah adil. “Sesetengah negeri yang kaya boleh menampung (perbelanjaan) berbanding negeri yang miskin yang sepatutnya mendapat lebih lagi peruntukan,” katanya selepas mesyuarat itu. Wan Azizah berkata kerajaan persekutuan juga mengamalkan polisi adil kepada kerajaan negeri yang diterajui pembangkang. “Walaupun tidak bersama dengan kerajaan persekutuan, (peruntukan) akan disalurkan, tetapi mestilah (akhirnya sampai) kepada rakyat tanpa mengira parti,” katanya.