Reformasi Politik C00. REFORMASI POLITIK

C03. Menyelesaikan skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji

PAKATAN HARAPAN MS50 May 10, 2018
Belum Bermula
May 2018

Menyelesaikan skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji

PAKATAN HARAPAN May 10, 2018

Pakatan Harapan akan memastikan semua mereka yang terlibat dalam rasuah dan salah laku dibawa ke muka pengadilan. Untuk itu, Kerajaan Pakatan Harapan akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengenalpasti mereka yang wajib menerima hukuman yang setimpal. Suruhanjaya siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci dan berasingan penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji. Suruhanjaya ini juga akan ditugaskan untuk mencadangkan tindakan susulan yang sesuai, serta mekanisme terperinci untuk menyelesaikan skandal- skandal besar ini. Struktur pentadbiran 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji juga akan dikaji semula untuk memastikan wujud semak imbang yang efektif. Para pemegang jawatan akan dipastikan terdiri daripada golongan professional dan bukan mereka yang mempunyai kepentingan politik. Pelaburan-pelaburan yang meragukan di luar negara yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat ini akan dihentikan dan kekayaan negara akan dibawa kembali ke tanah air untuk memastikan ia tidak dicuri oleh ahli politik dan golongan kleptokrat yang tidak bertanggungjawab.