Kos Kehidupan B04. Perumahan Mampu Milik

B04-15: Peruntukan bagi tempat tinggal yang lebih besar bagi golongan miskin di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025)

The Malaysian Insight Kenyataan Akhbar June 16, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Tiada lagi "rumah sarang burung" bagi orang miskin - Zuraida

Astro Awani June 16, 2018

Dasar Komuniti Negara yang akan dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Ogos ini mungkin mencadangkan tempat kediaman yang lebih besar kepada golongan miskin, kata menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata cadangan yang bakal dibuat adalah menambah keluasan saiz rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 900 kaki persegi daripada 600 kaki persegi sebelum ini. “Saya tidak mahu rumah PPR dan rumah untuk B40 ini konsep duduk di rumah ibarat sangkar burung... kecil, jadi saya cadangkan dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) nanti rumah yang selesa dengan rumah yang disediakan lebih besar sikit, katanya dalam temu bual dengan Bernama. Kumpulan B40 terdiri daripada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan memperoleh RM3,000 bulanan ke bawah. “Bilik, ruang tamu dan koridor mestilah selesa. Kemudahan yang lengkap seperti tempat riadah, surau, dewan, perpustakaan, semua ini kena lengkap untuk mereka supaya ada ruang untuk berekreasi dan rehatkan minda dalam kelompok sendiri tanpa perlu pergi jauh. Kita mahu mereka rasa selesa dengan persekitaran mereka dan komuniti akan sentiasa berkomunikasi dalam kelompok sendiri,” katanya. Zuraida berkata Dasar Komuniti Negara yang akan menjadi rujukan dalam menyelesaikan isu pembangunan komuniti setempat. “Dasar Komuniti Negara ini akan menggariskan panduan, pelan tindakan dan menyenaraikan program-program yang perlu dilaksanakan oleh jabatan dan agensi terlibat dalam usaha membudayakan komuniti setempat," katanya. Beliaiu berkata dasar ini penting untuk membina sebuah negara maju, yang berdasarkan mentaliti rakyat, cara mereka menguruskan hidup dan persekitaran yang akan melambangkan sesebuah negara itu progresif dan matang. Langkah yang digariskan dalam dasar itu akan dilaksanakan bermula di kawasan perumahan di bawah seliaan KPKT dan diikuti oleh sektor dan agensi lain, katanya. -- BERNAMA