Ekonomi D02. Merangsangkan pelaburan serta mempermudah proses perniagaan dan perdagangan

D02-07. Merangsangkan pertumbuhan sektor ekonomi baru, ekonomi perkongsian, sektor penyelidikan dan pembangunan, serta memperkukuh perlindungan harta intelek agar syarikat-syarikat boleh melabur dalam aktiviti inovasi dengan lebih rancak.

Pakatan Harapan May 10, 2018

Please note these historical updates display when articles associated to this promise were added, removed, or changed. The promise status matches the status of its most recent article, as determined by the article date.

Sedang Dijalani
Aug 2019

Gojek berisiko tinggi, perlu kajian secara menyeluruh

Sinar Harian August 30, 2019

KUALA LUMPUR- Pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal, Gojek di negara ini perlu dikaji secara menyeluruh, terutamanya dari segi faktor keselamatan berikutan jangkaan pertambahan motosikal dan risiko peningkatan kadar kemalangan jalan raya. Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani berkata secara relatifnya, motosikal berisiko tinggi terbabit dengan kemalangan, berbanding kenderaan lain. "Mana-mana kenderaan strukturnya berasaskan dua roda, dari segi kestabilan ia kurang, maka mudah untuk terlibat dalam kemalangan, sukar untuk kita kawal kenderaan tersebut," katanya ketika menjadi tetamu program UPSOUND terbitan Bernama News Channel (Astro 502) yang disiarkan pada malam Rabu. Malah, beliau berkata pengguna jalan raya menggunakan kereta mempunyai satu lapisan perlindungan kerana tertutup, namun tiada bagi motosikal yang terbuka, menyebabkan berlakunya kecederaan langsung terhadap penunggang atau pembonceng motosikal jika terbabit dalam kemalangan. "Contohnya penumpang duduk dalam kereta, apabila berlaku kemalangan impak pertamanya terhadap badan kereta kemudian baru sampai kepada badan penumpang. Kemalangan motosikal pula terus kepada badan dan kita akan dapat kecederaan," katanya. Menurut Dr Kulanthayan, statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2018 menunjukkan hampir 550,000 kemalangan direkodkan dan daripada jumlah itu 6,824 kematian dicatat. Daripada angka itu, beliau berkata 65 peratus jumlah kematian melibatkan penunggang motosikal dan pembonceng. Sehubungan itu, beliau menyarankan penggunaan perkhidmatan awam jenis rel dan bas, kerana ia lebih selamat berbanding jenis pengangkutan lain. Isu Gojek menarik perhatian rakyat Malaysia, selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan hasrat mahu memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal itu, di negara ini. Rabu lepas, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memberitahu media bahawa Kabinet bersetuju dengan cadangan mewujudkan perkhidmatan Gojek, dan jemaah menteri memutuskan agar kajian daripada sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu, sebelum ia boleh dilaksanakan.