Lain-Lain INFRASTRUKTUR

Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula kontrak dan pelaksanaan Sistem Pe­nguatkuasaan Automatik (AES), iaitu kamera yang dipasang di lebuhraya seluruh negara.

Kosmo June 12, 2018
Sedang Dijalani
Jun 2018

Keputusan tentang sistem AES akan diumumkan dalam tempoh dua bulan selepas dibawa ke Kabinet

Kosmo June 12, 2018

Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Pe­nguatkuasaan Automatik (AES), kata Menterinya, Anthony Loke (gambar kecil). Menurutnya, keputusan mengenai pelaksanaan AES itu akan diumumkan dalam tempoh satu atau dua bulan selepas perkara tersebut dibawa ke Kabinet. Katanya, pegawai kementeriannya serta jabatan-jabatan berkaitan akan menyediakan cadangan konkrit dan beliau akan membincangkan opsyen dengan para pegawai tersebut. “Kementerian perlu mengkajinya dahulu sebelum membuat pengumuman. Banyak orang belum membayar saman (AES) mereka dan bagi mereka yang mempu­nyai saman tertunggak, tiada tindakan diambil,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.