Lain-Lain Kabinet

PM Mahathir: "Lim Guan Eng hanya boleh mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan jika undang-undang membenarkannya berbuat demikian. Kalau ada kes, kita tak boleh lantik"

Malaysiakini May 14, 2018
Tidak Dipenuhi
Jun 2018

Guan Eng jadi Menteri Kewangan berdasarkan kemampuan urus kewangan

Sarawak Voice June 28, 2018

Lim Guan Eng menegaskan beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan berdasarkan kemampuannya menguruskan hal ehwal kewangan negara selepas mencatat prestasi membanggakan di Pulau Pinang ketika menjadi ketua menteri. Setiausaha Agung DAP itu berkata, beliau akan menolak pelantikannya sebagai Menteri Kewangan jika alasan lantikan itu hanya kerana beliau berbangsa Cina. “Saya tidak mahu menjadi Menteri Kewangan jika saya dipilih hanya kerana saya orang Cina. Saya rakyat Malaysia, saya bukan orang Cina,” seperti dilapor Sinar Harian. “Ini bukan satu tugas mudah. Tun Dr Mahathir memilih saya berdasarkan prestasi saya di Pulau Pinang yang mana saya dapat mengurus kewangan dengan baik sehingga mencatat lebihan tahunan,” katanya mengenai lantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. “Itulah sebabnya beliau mahu yang terbaik untuk menyelamatkan negara,” katanya.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan, namun kes-kes rasuah LGE masih belum digugurkan.