Ekonomi D08. Menjaminkan kesejahteraan rakyat jangka panjang

D08-05(A). Memberikan peruntukan tetap sebanyak RM 60 juta setahun dalam penggal pertama pentadbiran kepada kawasan-kawasan luar bandar Cina dan di kampung-kampung baru.

Pakatan Harapan May 10, 2018
Belum Bermula
May 2018

Memberikan peruntukan tetap sebanyak RM 60 juta setahun dalam penggal pertama pentadbiran kepada kawasan-kawasan luar bandar Cina dan di kampung-kampung baru.

Pakatan Harapan May 10, 2018

Satu kumpulan yang sering dilupakan oleh UMNO dan Barisan Nasional ialah rakyat Malaysia berbangsa Cina yang tinggal di kawasan-kawasan luar bandar dan di kampung-kampung baru. Pakatan Harapan sedia maklum akan cabaran yang dihadapi mereka dan akan memastikan kebajikan mereka terjaga. Kampung-kampung baru dan kampung-kampung perikanan Cina adalah bahagian penting dalam lanskap sejarah dan budaya Malaysia. Kebanyakan kampung ini, terutamanya mereka yang terletak di kawasan luar bandar, mengalami aliran keluar penduduk akibat kekurangan peluang ekonomi dan pekerjaan. Hari ini terdapat lebih daripada 600 perkampungan baru di Malaysia, di mana lebih 450 daripadanya ditubuhkan semasa darurat di Malaya. Kerajaan Pakatan Harapan akan memberikan peruntukan tetap sebanyak RM 60 juta setahun dalam penggal pertama pentadbiran kami, dan ini adalah lebih tinggi daripada hanya RM20 juta setahun yang diperuntukkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Tumpuan perbelanjaan ialah untuk penambahbaikan infrastruktur seperti jalan raya, dewan komuniti dan ruang awam yang lain. Sebahagian daripada pembiayaan ini juga boleh digunakan untuk membantu penduduk kampung mendapatkan geran tanah bagi membolehkan kerja pembaharuan dan penaikan taraf harta. Elemen utama dana ini adalah untuk membolehkan komuniti kampung tersebut menentukan sendiri cara terbaik untuk membelanjakan wang yang diperuntukkan.