Lain-Lain Pengendalian Bencana

Laporan penuh pencarian MH370 Julai ini - Anthony Loke

Astro Awani May 29, 2018
Sedang Dijalani
Jul 2018

Waris penumpang MH370 mohon batal status dokumen OSA kerajaan terdahulu

Utusan Online July 25, 2018

KUALA LUMPUR 25 Julai - Waris penumpang MH370 telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman supaya Mahkamah Tinggi di sini membatalkan keputusan kerajaan terdahulu dan dua lagi mengklasifikasikan beberapa dokumen berhubung pesawat itu sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Mereka ialah dua anak kepada pasangan Tan Ah Meng, 46, dan isterinya Chuang Hsiu Ling@Cindy Chuang, 45, yang merupakan pengarah syarikat kejuruteraan dan pembinaan serta anak sulung mereka, Tan Wei Chew, 19. Tan Wei Hong, 18, dan Tan Wei Jie, 16, ibu bapa kepada Ah Meng, Tan Hun Khong, 87, dan Lai Chew Lai, 85, serta ibu Hsiu Ling, Chuang Hung Chien, 78, selaku pihak pemohon. Selain kerajaan yang dinamakan sebagai responden ketiga, pihak pemohon menamakan Menteri Pengangkutan dan Ketua Setiausaha kementerian tersebut sebagai responden pertama dan kedua. Pihak pemohon antaranya memohon untuk mendapatkan rakaman atau transkripsi komunikasi pesawat, surat perjanjian dengan Singapura, Thailand dan Indonesia, minit mesyuarat dengan agensi berkenaan yang diklasifikasikan sebagai OSA, dibatalkan. Pihak pemohon juga memohon perintah mandamus untuk memaksa pihak responden mendedahkan dokumen tersebut dan perintah perisytiharan bahawa dokumen berkenaan bukan dokumen OSA. Pada 29 Januari 2015, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan bahawa kehilangan pesawat MH370 diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap terkorban. Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.40 tengah malam, 8 Mac 2014 menuju ke Beijing. Sejam kemudian pesawat itu hilang daripada radar. - UTUSAN ONLINE

Jul 2018

Laporan penuh siasatan MH370 30 Julai

mStar July 20, 2018

PUTRAJAYA: Laporan penuh siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dibentangkan kepada keluarga mangsa pada satu pertemuan tertutup 30 Julai ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.